Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mahkamah rayuan Korea Selatan kurang hukuman bekas PM Han kepada 15 tahun
  • GLOBAL

Mahkamah rayuan Korea Selatan kurang hukuman bekas PM Han kepada 15 tahun

Utusan Sarawak 6 hours ago
MAHKAMAH rayuan Korea Selatan kurangkan hukuman bekas PM Han Duck-soo kepada 15 tahun penjara. Foto fail Agensi

SEOUL: Mahkamah rayuan pada Khamis mengurangkan hukuman penjara bekas Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck-soo daripada 23 tahun kepada 15 tahun berhubung peranannya dalam pengisytiharan singkat undang-undang tentera oleh bekas Presiden Yoon Suk Yeol, lapor Agensi Berita Yonhap.

Mahkamah Tinggi Seoul menjatuhkan hukuman itu selepas mengekalkan sabitan terhadap Han atas kesalahan membantu dan bersubahat dengan Yoon dalam pemberontakan susulan pengisytiharan undang-undang tentera pada Disember 2024.

Han didakwa oleh pasukan pendakwa khas Cho Eun-suk atas beberapa pertuduhan, termasuk mencadangkan supaya Yoon mengadakan mesyuarat Kabinet sebelum mengisytiharkan undang-undang tentera bagi menjadikannya kelihatan sah.

Beliau turut didakwa cuba mendapatkan tandatangan anggota Kabinet pada dokumen berkaitan undang-undang tentera dan meneliti pelaksanaan arahan Yoon untuk memutuskan bekalan elektrik serta air ke saluran media yang mengkritik pentadbiran ketika itu.

Selain itu, Han dituduh menandatangani pengisytiharan undang-undang tentera yang telah disemak semula selepas dekri berkenaan ditarik balik, serta berbohong ketika memberi keterangan bersumpah dalam perbicaraan pemecatan Yoon di Mahkamah Perlembagaan.

Dalam penghakimannya, mahkamah rayuan berkata Han didapati bersalah terhadap semua pertuduhan, selaras dengan keputusan mahkamah rendah.

Bagaimanapun, mahkamah membatalkan sebahagian keputusan itu dengan membebaskan Han daripada tuduhan sumpah bohong berkaitan kenyataannya bahawa beliau tidak melihat bekas Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun menyerahkan dokumen berkaitan undang-undang tentera kepada bekas Menteri Dalam Negeri Lee Sang-min.

Peguam Han kemudian memaklumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu ke Mahkamah Agung.

Han ditahan sejak Januari selepas mahkamah rendah menjatuhkan hukuman penjara 23 tahun terhadapnya. – Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: Bawa individu tanpa permit haji boleh didenda, dipenjara – Kementerian
Next: Penumpang kapal hantavirus: “Situasi itu tidak ditangani dengan cukup serius”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.