Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 464 kandungan palsu berkaitan krisis bekalan global dikenal pasti dalam masa sebulan
  • NASIONAL

464 kandungan palsu berkaitan krisis bekalan global dikenal pasti dalam masa sebulan

Utusan Sarawak 7 hours ago
SIDANG MEDIA… Teo Nie Ching bercakap pada sidang media selepas pelancaran Forum Media HAWANA 2026 hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 464 kandungan palsu berkaitan krisis bekalan global dikenal pasti antara tempoh 29 Mac dan 30 April 2026, dengan 312 daripadanya telah berjaya diturunkan kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Selain itu, katanya, sebanyak 65 kertas siasatan telah dibuka, dengan 15 kes dirujuk ke Jabatan Peguam Negara, manakala yang lain masih dalam siasatan.

“Penyebaran pantas maklumat palsu yang diperkuatkan oleh kecerdasan buatan (AI), menimbulkan cabaran besar kepada kepercayaan orang ramai,” katanya menerusi ucapan beliau semasa merasmikan Forum Media HAWANA 2026, di sini, hari ini. 

Teo berkata berkata kes kandungan palsu, termasuk akaun palsu dan penyamaran tokoh masyarakat, meningkat mendadak dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, melonjak daripada 6,297 kes pada 2023 kepada 63,652 pada 2024 dan 98,503 pada 2025.

“Setakat 30 April tahun ini sahaja, 60,829 kandungan sedemikian telah diturunkan oleh platform,” katanya.

Beliau berkata perkembangan itu menunjukkan keperluan agar pihak yang terbabit dalam dunia kewartawanan untuk sentiasa mendukung kredibiliti di tengah-tengah landskap digital yang sentiasa berubah-ubah.

Sementara itu, Teo menggesa Majlis Media Malaysia (MMC) memainkan peranan yang lebih besar dan mengambil pendekatan lebih teliti dan berhemat dalam mengendalikan isu berkaitan media.

Katanya, perkara itu penting susulan kedudukan terkini Malaysia yang berada di tangga ke-95 dalam indeks Reporters Without Borders, turun daripada tangga ke-88 sebelum ini, mencerminkan kebimbangan berterusan dalam landskap media.

“Walaupun keselamatan wartawan telah bertambah baik, penurunan dalam ekonomi media dan perundangan masih menjadi kebimbangan, dan ini bukanlah kedudukan yang kita berpuas hati.

“Kewartawanan adalah tonggak demokrasi,” katanya, sambil menambah pertikaian mengenai pelaporan harus diselesaikan melalui MMC sebagai penentu utama.

MMC, yang ditubuhkan pada Februari tahun lepas, merupakan badan kawal selia kendiri yang bertujuan untuk menegakkan etika kewartawanan, merangka kod tatalaku dan menjaga kebajikan pengamal media.

Majlis itu ditadbir oleh lembaga yang terdiri daripada wakil organisasi media, pengamal dan kumpulan kepentingan awam, termasuk ahli akademik dan masyarakat umum serta penyertaan perwakilan dari Sabah dan Sarawak. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Peranan kewartawanan sebagai kepercayaan awam semakin penting seiring perubahan media
Next: Pengamal media perlu kuasai kemahiran keusahawanan dan pasaran – Ashwad Ismail

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.