Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 2,806 penerima bantuan kebajikan di Serian terima RM1.19 juta sehingga April 2026
  • Selatan
  • WILAYAH

2,806 penerima bantuan kebajikan di Serian terima RM1.19 juta sehingga April 2026

Utusan Sarawak 12 hours ago
DATUK Mohammad Razi Sitam menyampaikan bantuan bulanan kebajikan kepada para penerima semasa Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Serian di Rumah Panjang Daha Kisau di Tebedu. Foto: ADUN Saribas

TEBEDU: Bahagian Serian merekodkan sebanyak 2,806 kes penerima bantuan bulanan kebajikan sehingga April 2026 melibatkan peruntukan keseluruhan RM1.19 juta.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, Bantuan Warga Emas mencatat jumlah penerima tertinggi iaitu 1,101 kes dengan nilai bantuan RM660,600, diikuti Bantuan Am melibatkan 621 kes berjumlah RM137,600 serta Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sebanyak 616 kes melibatkan RM184,800.

Menurutnya, Bantuan Kanak-Kanak merekodkan 248 kes dengan jumlah RM100,550, manakala Bantuan Pesakit Terlantar melibatkan 165 kes dengan peruntukan RM84,500.

“Selain itu, Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) mencatat 51 kes dengan jumlah bantuan RM22,950 sementara Bantuan Anak Pelihara melibatkan empat kes dengan peruntukan RM1,750,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Serian di Rumah Panjang Daha Kisau di Tebedu, hari ini. Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr. Simon Sinang Bada serta ketua-ketua jabatan.

Mohammad Razi berkata, rekod tersebut jelas menunjukkan komitmen kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak dalam memperluaskan jaringan bantuan sosial dan memastikan tiada golongan tercicir daripada arus pembangunan.

DATUK Mohammad Razi Sitam menyampaikan bantuan bulanan kebajikan kepada penerima semasa Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Serian di Rumah Panjang Daha Kisau di Tebedu. Foto: ADUN Saribas

Beliau berkata, bagi tahun 2026 seramai 2,126 penerima bantuan kebajikan yang menyambut Hari Gawai akan menerima bantuan khas, dengan 100 penerima dijemput hadir pada majlis itu untuk menerima sumbangan wang tunai RM100 berserta hamper bernilai RM80.

“Manakala 2,126 penerima lain pula akan menerima bantuan yang dikreditkan terus ke akaun masing-masing,” katanya sambil menambah bahawa majlis berkenaan bertujuan meringankan beban kewangan penerima bantuan dalam membuat persediaan menyambut Hari Gawai.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak merekodkan sebanyak 56,295 kes penerima bantuan bulanan bagi tempoh Januari hingga Mac 2026 dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM75.57 juta.

Katanya, Bantuan Warga Emas (BWE) merekodkan jumlah tertinggi iaitu 22,515 kes dengan peruntukan RM39.63 juta, diikuti Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sebanyak 12,069 kes melibatkan RM10.73 juta serta tambahan top up kerajaan negeri RM1.73 juta.

Selain itu, Bantuan Am (BA) merekodkan 9,246 kes dengan peruntukan RM6.19 juta, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) melibatkan 5,987 kes berjumlah RM7.67 juta termasuk tambahan top up kerajaan negeri RM981,100, manakala EPOKU mencatat 3,513 kes bernilai RM4.35 juta dan Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) sebanyak 2,914 kes melibatkan RM4.25 juta.

RAKAM KENANGAN…Datuk Mohammad Razi bergambar bersama dengan warga Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Serian. Foto: ADUN Saribas

Beliau berkata, daripada keseluruhan jumlah itu, bantuan kerajaan negeri merekodkan 9,252 kes dengan peruntukan RM8.91 juta, manakala bantuan persekutuan melibatkan 47,043 kes berjumlah RM66.67 juta.

Pada majlis sama, beberapa inisiatif kerajaan turut disampaikan secara simbolik termasuk Kad Orang Kurang Upaya (OKU), Kenyalang Kad Emas (KGC), Bantuan Ihsan Kematian, Skim Manfaat Kesihatan Warga Emas (SCHB), bantuan persekolahan serta bantuan kerusi roda kepada penerima yang layak sebagai bukti komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memastikan kebajikan golongan rentan terus terbela.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kalaka ringankan beban nelayan Sungai Krian terjejas akibat ‘rebak’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.