Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 20 belia Saberkas Lawas sertai jelajah dan kejohanan futsal di Kuching
  • Utara
  • WILAYAH

20 belia Saberkas Lawas sertai jelajah dan kejohanan futsal di Kuching

Utusan Sarawak 10 hours ago
KENANGAN BERHARGA…(empat dari kanan) Steve Lius, Iszuan dan Kr Bidin bersama Saberkas cawangan Lawas di pejabat Saberkas Sarawak.

LAWAS: Seramai 20 ahli Saberkas dari cawangan Bukit Sari dan Ba’kelalan mengadakan lawatan ke ibu pejabat Saberkas di Kuching baru-baru ini.

Rombongan itu diketuai Pengerusi Saberkas Cawangan Ba’kelalan, Steve Lius, bersama beberapa ahli jawatankuasa kedua-dua cawangan.

Timbalan Pengerusi Saberkas Cawangan Ba’kelalan, Kr Bidin Untong, berkata kunjungan tersebut diadakan bersempena penyertaan dua pasukan dalam pertandingan futsal Piala Presiden Saberkas Sarawak yang berlangsung di Arena Kuching.

Menurutnya, lawatan itu bertujuan memberi pendedahan kepada belia dari Lawas untuk mengenali Saberkas serta barisan kepimpinan di peringkat negeri dengan lebih dekat.

SALAM PERKENALAN….barisan pemain muda Futsal Saberkas Lawas menerima cenderamata daripada Royston Valentine dan Iszuan.

“Usaha ini digerakkan bagi menghimpunkan belia di bawah satu nama, iaitu Daerah Lawas, selain memperkenalkan peranan Saberkas sebagai antara pertubuhan belia terbesar dan terawal di Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kunjungan ke pejabat Saberkas itu disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian yang juga Exco Saberkas Sarawak Royston Valentine, bersama Setiausaha Eksekutif Saberkas Sarawak Iszuan Haironi.

Dalam pada itu, Kr Bidin berkata pengalaman tersebut memberi nilai tambah kepada peserta yang bukan sahaja menyertai pertandingan, malah berpeluang memahami organisasi berkenaan dengan lebih mendalam.

PENDEDAHAN…(paling depan) Kr Bidin bersama belia Saberkas Cawangan Bukit Sari dan Ba’kelalan.

Kesemua peserta, pegawai dan ahli jawatankuasa terlibat menempuh perjalanan sekitar 13 jam dari Lawas ke Kuching melalui Lebuh Raya Pan Borneo.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin, Senator Ahmad Ibrahim, serta beberapa pemimpin Saberkas peringkat negeri.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: IPD Bau anjur taklimat pengurusan harta pusaka dan kepentingan hibah
Next: Prasarana pendidikan kondusif jadi keutamaan, projek RTP SK Abang Abdul Rahman siap sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.