Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pansar peroleh kontrak naik taraf loji air Sarawak bernilai RM234.88 juta
  • BISNES

Pansar peroleh kontrak naik taraf loji air Sarawak bernilai RM234.88 juta

Utusan Sarawak 10 hours ago
PERBENA Emas raih kontrak RM234.88 juta naik taraf Loji Rawatan Air Kaki Wong di Saratok.

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Pansar Bhd, Perbena Emas Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM234.88 juta daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak untuk menaik taraf Loji Rawatan Air Kaki Wong di Saratok, Betong.

Menurut kumpulan yang berpangkalan di Sarawak itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, skop kerja melibatkan pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti 30 juta liter sehari di tapak loji Kaki Wong sedia ada, kemudahan pengambilan air mentah dan dua stesen pam penggalak baharu.

“Kerja-kerja tersebut turut meliputi pemasangan saluran paip air, pembinaan takungan, bangunan berkaitan bahan kimia dan bangunan tambahan, rumah kakitangan serta menaik taraf, mengubahsuai dan menambah baik kemudahan sedia ada termasuk bangunan pentadbiran, bangunan loji rawatan air dan rumah pam air,” katanya.

Projek ini akan bermula pada Jun 2026 dan dijadualkan siap dalam tempoh 30 bulan.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek,” menurut Pansar.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka meningkat seiring prestasi
Next: Harga RON97 kekal, RON95 tanpa subsidi dan diesel naik bagi tempoh 7 hingga 13 Mei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.