Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Serah terima tugas BIPS IPD Lubok Antu, Jemat Jineh bersara selepas 41 tahun berkhidmat
  • Selatan
  • WILAYAH

Serah terima tugas BIPS IPD Lubok Antu, Jemat Jineh bersara selepas 41 tahun berkhidmat

Utusan Sarawak 15 hours ago
DSP Pricha Azin menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan Sub-Inspektor BIPS IPD Lubok Antu kelmarin. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Majlis serah terima tugas jawatan Sub-Inspektor Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu berlangsung di Bilik Mesyuarat IPD Lubok Antu, kelmarin dalam suasana penuh penghargaan dan hormat.

Majlis tersebut menyaksikan Sub-Inspektor Jemat Jineh menyerahkan tugas kepada Koperal Mohammad Khairuddin Mohammad Tajudin, yang dilantik memangku jawatan berkenaan bagi memastikan kesinambungan fungsi bahagian tersebut.

Penyerahan tugas itu berlangsung sehari sebelum Jemat menamatkan perkhidmatan wajibnya selepas menabur bakti selama 41 tahun lima bulan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis berkenaan disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Pricha Azin, yang turut menyampaikan penghargaan atas jasa dan sumbangan besar Jemat sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Dalam ucapannya, DSP Pricha berkata pelantikan Koperal Mohammad Khairuddin adalah langkah penting dalam memastikan pemantauan integriti serta pematuhan standard dalam organisasi terus diperkukuh.

FOTO: IPD Lubok Antu

Beliau menegaskan bahawa peranan BIPS amat kritikal dalam memelihara kredibiliti dan kepercayaan masyarakat terhadap pasukan polis, khususnya di peringkat daerah.

Jemat mula bertugas di IPD Lubok Antu sejak Disember 2020 dan sepanjang tempoh tersebut, beliau dikenali sebagai pegawai yang berdedikasi serta komited dalam menjalankan amanah yang diberikan.

Majlis turut dihadiri oleh ketua-ketua bahagian, ketua-ketua polis balai, ketua-ketua cawangan, pegawai kanan dan rendah polis serta pegawai awam IPD Lubok Antu.

Seluruh warga kerja IPD Lubok Antu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan selamat menjalani persaraan kepada Jemat Jineh atas jasa dan pengorbanan beliau sepanjang berkhidmat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pendidikan bukan sekadar akademik, fokus kemenjadian murid secara holistik
Next: IPD Bau anjur taklimat pengurusan harta pusaka dan kepentingan hibah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.