Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Limbang bantu wanita sakit perut, dihantar ke hospital
  • Utara
  • WILAYAH

APM Limbang bantu wanita sakit perut, dihantar ke hospital

Utusan Sarawak 7 hours ago
BANTUAN SEGERA…Anggota APM menghantar pesakit wanita mendapatkan rawatan ke hospital.

LIMBANG: Seorang wanita dikejarkan ke hospital oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Limbang selepas mengalami sakit perut dan tidak dapat berjalan, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Jumaat Akasas, berkata sepasukan anggota yang diketuai Prebet (PA) Sylviana Chua bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.00 pagi.

Menurutnya, lokasi kejadian terletak sekitar enam kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang.

“Sebaik tiba di lokasi, pengadu memaklumkan mangsa berada dalam keadaan terbaring.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami sakit perut dan tidak dapat berjalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum pasukan berkenaan kembali ke PKOD Limbang.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Beberapa kawasan di Kuching terputus bekalan air akibat paip utama pecah
Next: Konvensyen Teochew perkukuh perpaduan masyarakat majmuk Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.