Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penyelidikan kesihatan pacu ekonomi Sarawak, tarik dana RM1.8 bilion
  • TEMPATAN

Penyelidikan kesihatan pacu ekonomi Sarawak, tarik dana RM1.8 bilion

Utusan Sarawak 12 hours ago
DATUK Amar Dr Sim Kui Hian berucap pada Majlis Perasmian Affin Bank Cawangan Batu Kawa, Kuching.

KUCHING: Sektor penyelidikan kesihatan terus menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi Sarawak apabila berjaya menarik dana berjumlah RM1.8 bilion sejak 2012 hingga 2025.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, pencapaian itu berdasarkan laporan tahunan Penyelidikan Klinikal Malaysia yang dilancarkan di Kuching baru-baru ini.

“Sepanjang tempoh 2012 hingga 2025, organisasi ini berjaya membawa masuk dana penyelidikan sebanyak RM1.8 bilion, dengan sebahagian besar daripadanya tertumpu di Kuching.

“Limpahan dana tersebut bukan sahaja memperkukuh ekosistem penyelidikan, malah memberi impak langsung kepada peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

“Dalam tempoh sama, lebih 3,500 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi berjaya diwujudkan hasil perkembangan sektor ini,” katanya.

 SIMBOLIK Perasmian Affin Bank Cawangan Batu Kawa disempurnakan oleh Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di Kuching.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Affin Bank Cawangan Batu Kawa, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa mengalu-alukan pembukaan cawangan bank berkenaan sebagai sebahagian daripada pembangunan menyeluruh Sarawak.

“Pembukaan ini bukan sekadar operasi perbankan, tetapi mencerminkan keyakinan institusi kewangan terhadap potensi ekonomi Sarawak.

DATUK Amar Dr Sim Kui Hian menyantuni masyarakat yang hadir di Affin Bank Cawangan Batu Kawa, Kuching.

“Kehadiran lebih banyak institusi kewangan akan memudahkan akses perkhidmatan kepada rakyat serta menyokong pertumbuhan sektor perniagaan tempatan,” ujarnya.

Untuk rekod, pembukaan cawangan Affin Bank Batu Kawa merupakan sebahagian daripada rangkaian lebih luas kumpulan tersebut yang kini mempunyai 13 cawangan di seluruh Sarawak, sekali gus memperkukuh kehadirannya dalam menyokong pembangunan ekonomi negeri.

Continue Reading

Previous: Kemalangan maut penunggang basikal jadi peringatan keselamatan jalan raya – Karim
Next: Sarawak perkukuh kerjasama Jerman, sasar hab pelaburan hijau ASEAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.