Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Beberapa kawasan di Kuching terputus bekalan air akibat paip utama pecah
  • Selatan
  • WILAYAH

Beberapa kawasan di Kuching terputus bekalan air akibat paip utama pecah

Utusan Sarawak 10 hours ago
PAIP yang sedang dibaiki.

KUCHING: Gangguan bekalan air berskala besar berlaku di beberapa kawasan di sini hari ini selepas paip utama pecah sekitar 11.00 pagi, dipercayai berpunca daripada kerja projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong, berkata kerja pembaikan sedang dijalankan di Jalan Wan Alwi, berhampiran lampu isyarat menghala ke King Centre, membabitkan paip utama jenis besi mulur berdiameter 400 milimeter (mm).

Menurutnya, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya menjelang 7.00 malam.

“Kawasan terjejas termasuk Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya, Tabuan Kedandi, Tabuan Keranji, Jalan Bayor Bukit, Jalan Song serta kawasan sekitarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Violet turut melahirkan kebimbangan kerana insiden berkenaan bukan kali pertama melibatkan kerosakan oleh kontraktor KUTS di kawasan Tabuan Jaya.

Beliau menyifatkan keadaan itu sebagai tidak boleh diterima memandangkan projek tersebut telah berjalan agak lama, namun kontraktor masih gagal mengenal pasti lokasi paip utiliti bawah tanah dengan tepat.

“Mereka menjalankan kerja penggalian tanpa pengesahan sewajarnya. Walaupun kejadian ini berulang, tiada penjelasan jelas daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi atau kerajaan mengenai pihak yang akan menanggung kerugian serta langkah pencegahan yang akan diambil,” katanya.

Beliau menambah, rakyat serta sektor perniagaan terus menanggung kesan akibat gangguan berulang itu.

Sementara itu, Sarawak Water menasihatkan orang awam supaya berhati-hati ketika melalui kawasan terjejas serta mematuhi pelan pengurusan trafik dan peraturan keselamatan di tapak penyelenggaraan.

Agensi itu turut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

Seorang penduduk Tabuan Laru yang hanya dikenali sebagai Mdm Yee berkata, beliau menyedari gangguan itu selepas pulang membeli barang dapur.

“Saya sangat kecewa kerana perkara ini sudah terlalu kerap berlaku,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: 100 lampu jalan solar dipasang di Bawang Assan tingkat keselamatan luar bandar
Next: APM Limbang bantu wanita sakit perut, dihantar ke hospital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.