Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 100 lampu jalan solar dipasang di Bawang Assan tingkat keselamatan luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

100 lampu jalan solar dipasang di Bawang Assan tingkat keselamatan luar bandar

Utusan Sarawak 7 hours ago
WONG…Ketika mengadakan lawatan tapak ke salah satu lokasi utama di Paradom bagi meninjau projek lampu jalan solar yang telah siap dipasang dan kini beroperasi, hari ini.

SIBU: Sebanyak 100 unit lampu jalan solar dipasang di kawasan Bawang Assan sebagai usaha meningkatkan keselamatan awam, khususnya di laluan luar bandar dan kawasan berisiko tinggi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh, pemasangan itu merupakan sebahagian daripada strategi menyeluruh bagi memperkukuhkan tahap keselamatan penduduk di konstituensinya.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 20 unit telah dipasang di laluan yang menghubungkan Jambatan Naman ke persimpangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Cheng.

“Selain itu, kawasan berhampiran Teku yang turut berada di bawah bidang kuasa Bawang Assan juga dimasukkan dalam skop projek bagi memastikan penduduk di kawasan lebih terpencil menikmati kemudahan keselamatan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan tapak di dua lokasi utama di Paradom bagi meninjau projek lampu jalan solar yang telah siap dipasang dan kini beroperasi, hari ini.

Wong berkata, isu pencahayaan jalan merupakan antara keutamaan yang sering diberi perhatian olehnya, termasuk sebelum ini menggunakan dana sendiri untuk memasang lampu di beberapa kawasan berisiko tinggi.

Bagaimanapun, katanya, kemudahan awam tersebut sering menjadi sasaran kecurian oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya memberi amaran agar perbuatan tidak bertanggungjawab itu dihentikan kerana menjejaskan keselamatan penduduk, khususnya pada waktu malam.

“Keuntungan peribadi tidak seharusnya mengorbankan keselamatan masyarakat yang bergantung kepada kemudahan ini,” tegasnya.

Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk merangka langkah pencegahan lebih berkesan.

Menurutnya, di bawah fasa pemasangan terbaharu, semua tiang lampu solar dibina mengikut piawaian diperkukuhkan termasuk penggunaan simen berkualiti tinggi bagi memastikan ia sukar ditanggalkan.

“Selain itu, logo Parti Demokratik Progresif (PDP) turut dilekatkan pada kemudahan berkenaan sebagai sebahagian langkah pemantauan,” ujarnya.

Wong menegaskan, keamanan dan pembangunan komuniti hanya dapat dicapai melalui tanggungjawab bersama semua pihak.

Beliau berkata, pihaknya akan terus komited melaksanakan inisiatif yang dapat meningkatkan keselamatan awam serta melindungi nyawa dan harta benda penduduk.

“Saya berharap agar pemasangan lampu jalan solar itu bukan sahaja menerangi jalan, malah menyemai kesedaran sivik serta memperkukuh perpaduan komuniti,” katanya lagi.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Paradom Ting Feng Hua, Kapitan Hui Cheng Ju, Kapitan Ling Nai Bu serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program jualan agro bantu rakyat dapat bekalan makanan harga berpatutan
Next: Beberapa kawasan di Kuching terputus bekalan air akibat paip utama pecah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.