
BINTULU: Kaunter Unit Hasil dan Kaunter Rekod Perubatan di Hospital Bintulu kini beroperasi di lokasi baharu bersebelahan Kaunter Hasil lama di ruang legar sebelah lobi utama hospital berkenaan.
Menurut kenyataan Hospital Bintulu, perpindahan itu dilakukan bagi meningkatkan keselesaan pelanggan selain memudahkan urusan waris pesakit yang hadir mendapatkan perkhidmatan di hospital tersebut.
“Semua urusan berkaitan Kaunter Hasil dan Kaunter Rekod Perubatan kini boleh dilakukan di lokasi baharu berkenaan,” katanya.
Orang ramai turut diminta mengambil maklum mengenai perubahan lokasi tersebut bagi memastikan urusan berjalan lancar.