Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kemalangan maut penunggang basikal jadi peringatan keselamatan jalan raya – Karim
  • TEMPATAN

Kemalangan maut penunggang basikal jadi peringatan keselamatan jalan raya – Karim

Utusan Sarawak 11 hours ago
PENJELASAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sesi soal jawab selepas Sidang Media Cabaran Basikal Gunung Antarabangsa Siol (SIMBC) 2026, di Dewan Mesyuarat Mulu, Bangunan Baitulmakmur 2, Petra Jaya.

PETRA JAYA: Insiden langgar lari yang meragut nyawa seorang penunggang basikal di Jalan Stutong disifatkan sebagai satu tragedi menyedihkan yang harus dijadikan peringatan kepada semua pengguna jalan raya.

Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, kejadian tersebut amat malang dan memberi kesan mendalam kepada keluarga mangsa serta rakan-rakannya.

“Tiada siapa mahukan kemalangan berlaku, namun perkara ini boleh terjadi pada bila-bila masa.

“Walaupun kita berhati-hati ketika memandu atau berbasikal, orang lain mungkin tidak.

“Semua pihak perlu melihat insiden ini dari pelbagai sudut termasuk faktor kecuaian pengguna jalan raya lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab selepas sidang media Cabaran Basikal Gunung Antarabangsa Siol (SIMBC) 2026, di Dewan Mesyuarat Mulu, Bangunan Baitulmakmur 2, di sini, hari ini.

Tambah beliau, kejadian itu juga tidak seharusnya menimbulkan persepsi bahawa aktiviti berbasikal adalah berbahaya.

“Ibu bapa dan masyarakat masih digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti berbasikal sebagai gaya hidup sihat.

“Namun aspek keselamatan perlu diberi keutamaan termasuk memastikan basikal dilengkapi lampu, isyarat dan peralatan keselamatan yang mencukupi.

“Walaupun berbasikal pada waktu siang, penggunaan lampu amat penting kerana ada pemandu yang hanya menyedari kehadiran penunggang pada saat akhir,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik tindakan pemandu yang terlibat tampil menyerah diri kepada pihak berkuasa.

“Ini memberi sedikit kelegaan dan penutup kepada kes ini, walaupun ia tetap satu kejadian yang amat menyedihkan,” ujarnya.

Untuk rekod, kes langgar lari pada 1 Mei lalu yang mengorbankan seorang penunggang basikal di Jalan Stutong akhirnya terungkai apabila seorang remaja lelaki berusia 19 tahun tampil menyerah diri kepada polis pada 5 Mei, sebelum ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 283 disenaraikan melalui Bengkel RTP 2027
Next: Penyelidikan kesihatan pacu ekonomi Sarawak, tarik dana RM1.8 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.