Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program MyIS Komuniti 2026 perkukuh kerjasama inovasi luar bandar di Pakan
  • Tengah
  • WILAYAH

Program MyIS Komuniti 2026 perkukuh kerjasama inovasi luar bandar di Pakan

Utusan Sarawak 7 hours ago
AHLI Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien menyerahkan bantuan projek kepada penerima. Foto Pusat Khidmat Parlimen Julau

PAKAN: Program MyIS Komuniti 2026 memperkukuh kerjasama antara komuniti, agensi kerajaan dan institusi penyelidikan dalam membangunkan inovasi sosial luar bandar sekali gus merangka penyelesaian lebih berkesan terhadap cabaran setempat.

Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien berkata, pendekatan libat urus komuniti merupakan elemen penting dalam memastikan setiap inisiatif pembangunan benar-benar memberi impak kepada masyarakat.

AHLI Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien menyerahkan bantuan projek kepada penerima. Foto Pusat Khidmat Parlimen Julau

“Pendekatan libat urus bersama komuniti menjadi asas penting dalam memastikan setiap inisiatif pembangunan benar-benar memenuhi keperluan setempat.

“Kerjasama erat antara komuniti, agensi kerajaan dan institusi penyelidikan mampu mempercepat pemindahan teknologi tempatan serta memperkukuh ekosistem inovasi sosial di peringkat akar umbi,” katanya.

AHLI Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien menyerahkan bantuan projek kepada penerima. Foto Pusat Khidmat Parlimen Julau

Beliau ketika merasmikan sesi libat urus Program MyIS Komuniti 2026 dan Pengenalan Produk Inovasi Kraftangan Komuniti (Zon Sarawak) di Rumah Eman, Nanga Nasau, baru-baru ini.

Sesi libat urus yang dikendalikan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) berjaya menghimpunkan sekitar 30 tuai rumah dari sekitar Daerah Pakan bagi mendapatkan maklum balas berhubung isu dan cabaran yang dihadapi komuniti.

Antara isu yang dikenal pasti termasuk bekalan air bersih khususnya ketika musim kemarau, pengurusan pelupusan sampah, ketiadaan lampu jalan di kawasan pedalaman, sistem pembetungan yang tidak efektif serta keperluan penambahbaikan dalam sektor penternakan dan pertanian.

Selain itu, komuniti turut menyuarakan minat untuk meningkatkan kemahiran dalam pembuatan sabun serta memperluas pasaran produk tempatan sebagai sumber pendapatan baharu.

Dalam masa sama, komuniti setempat turut memperkenalkan produk inovasi kraftangan Sarawak yang menggabungkan warisan tradisional dengan pendekatan kreatif moden menggunakan bahan semula jadi seperti rotan, buluh dan serat tumbuhan.

Di program tersebut, Larry turut mengagihkan bantuan projek berjumlah keseluruhan RM39,500 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Eman, JKKK Rumah Agas, JKKK Rumah Jambai dan Biro Wanita Rumah Eman bagi menyokong pelaksanaan aktiviti komuniti.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Dr. Sharmila Mohamed Salleh, bersama pegawai kanan serta pasukan perunding yang berperanan sebagai pemudah cara dalam mengenal pasti isu utama dan merangka penyelesaian bersesuaian.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pertandingan futsal Kampung Temudok Atas satukan belia, terima peruntukan naik taraf RM200,000
Next: 37 pelajar SPM 2025 SMK Meradong terima insentif kecemerlangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.