Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pertamina Indonesia naikkan harga bahan api tanpa subsidi, kekalkan harga bersubsidi
  • GLOBAL

Pertamina Indonesia naikkan harga bahan api tanpa subsidi, kekalkan harga bersubsidi

Utusan Sarawak 14 hours ago
PETAMINA Indonesia naikkan harga bahan api tanpa subsidi, kekalkan harga bersubsidi. Foto hiasan.

JAKARTA: Syarikat minyak milik kerajaan Indonesia, Pertamina menaikkan harga beberapa produk bahan api tanpa subsidi berkuat kuasa Isnin, sementara mengekalkan harga bahan api bersubsidi serta gred petrol utama.

Kenaikan paling tinggi dicatatkan bagi bahan api diesel tanpa subsidi Pertamina Dex (CN 53), yang meningkat sebanyak Rp4,000 (RM0.92) kepada Rp27,900 (RM6.18) seliter daripada Rp23,900 (RM5.47), menurut Agensi Berita Antara hari ini.

Ini diikuti oleh bahan api diesel Dexlite (CN 51), yang meningkat kepada Rp26,000 (RM5.95) seliter daripada Rp23,600 (RM5.40), serta petrol Pertamax Turbo (RON 98), yang naik kepada Rp19,900 (RM4.55) seliter daripada Rp19,400 (RM4.44).

Sementara itu, harga petrol tanpa subsidi Pertamax (RON 92) kekal tidak berubah pada Rp12,300 (RM2.80) seliter, manakala Pertamax Green (RON 95) kekal pada Rp12,900 (RM2.95) seliter, paras yang dikekalkan sejak Mac.

Produk bahan api bersubsidi turut kekal tidak berubah, dengan petrol Pertalite berharga Rp10,000 (RM2.29) seliter dan diesel Biosolar pada Rp6,800 (RM1.56) seliter.

Pertamina menyatakan bahawa pelarasan itu selaras dengan dasar penetapan harga bahan api Indonesia yang ditetapkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral, yang mengawal formula harga asas bagi bahan api runcit yang dijual di stesen minyak. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kematian akibat campak di Bangladesh hampiri 300 kes ketika wabak menular di seluruh negara
Next: Saintis FAO beri amaran penyakit pisang TR4 ancam ladang di seluruh dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.