Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kem latihan bola keranjang asah bakat belia tempatan
  • Tengah
  • WILAYAH

Kem latihan bola keranjang asah bakat belia tempatan

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATO’ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama para peserta. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Penganjuran Kem Latihan Bola Keranjang EST Jersey × Under Armour Sarikei 2026 dilihat sebagai platform penting dalam memperkasa pembangunan sukan dan melahirkan bakat baharu dalam kalangan belia tempatan.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata kem latihan tersebut bukan sahaja memberi pendedahan teknikal kepada peserta, malah turut membentuk sahsiah dan disiplin diri.

“Menerusi perancangan yang teliti dan komitmen yang tinggi, kem latihan ini berjaya dilaksanakan dengan lancar.

“Ia sekali gus menyediakan platform berharga untuk para belia meningkatkan kemahiran dan membina ketahanan diri.

“Sepanjang dua hari latihan, para peserta bukan sahaja mempelajari teknik bola keranjang yang lebih sistematik dan profesional, malah turut mengasah semangat kerjasama berpasukan serta disiplin,” katanya.

DATO’ Sri Huang Tiong Sii berucap pada majlis penutupan Kem Latihan Bola Keranjang EST Jersey × Under Armour Sarikei 2026 semalam. Foto Pusat Khidmat Repok

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan kem tersebut di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Wah Man, semalam.

Tambahnya, sukan seperti bola keranjang bukan sekadar aktiviti kompetitif, malah berperanan sebagai medium pendidikan yang mampu membentuk nilai positif dalam diri generasi muda.

“Melalui latihan dan pertandingan, ia mendidik kita untuk kekal tabah dan berani berjuang.

“Nilai-nilai murni ini akan menjadi asas kekuatan yang penting dalam membentuk masa depan generasi muda.

“Saya amat gembira melihat semakin ramai belia tempatan aktif menyertai kegiatan sukan,” katanya.

Katanya, penglibatan aktif belia dalam sukan mampu melahirkan masyarakat yang sihat selain memperkukuh perpaduan dalam komuniti setempat.

KETIBAAN Dato’ Sri Huang Tiong Sii disambut dengan tarian singa. Foto Pusat Khidmat Repok

“Saya berharap agar segala ilmu dan semangat yang dipelajari di kem ini dapat dibawa ke sekolah dan kehidupan seharian, terus berusaha dan sentiasa meningkatkan diri.

“Sarikei dipilih sebagai lokasi penganjuran kem ini adalah suatu kebanggaan.

“Lebih-lebih lagi dengan bimbingan jurulatih bertaraf kebangsaan, para pemain muda tempatan berpeluang menerima latihan pada tahap yang lebih tinggi,” katanya lagi.

Justeru, katanya, pengalaman yang diperoleh sepanjang kem tersebut diharap dapat menjadi dorongan kepada peserta untuk terus cemerlang dalam bidang sukan.

“Hargailah peluang ini dan semoga usaha berterusan dapat mengharumkan nama Sarikei di gelanggang pertandingan.

“Saya juga menggalakkan Kelab Bola Keranjang Repok agar terus menganjurkan program sebegini supaya lebih ramai belia mendapat manfaat.

“Saya sendiri akan terus menyokong pembangunan sukan demi menyediakan platform yang lebih berkualiti untuk generasi muda,” katanya.

Pada majlis sama, beliau turut menyumbangkan RM10,000 kepada Kelab Bola Keranjang Repok bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan kelab tersebut.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: ADUN Jepak ambil tindakan isu lumba haram, gesa belia hentikan aktiviti berbahaya
Next: Pengukuhan organisasi belia asas pembangunan komuniti Pakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.