Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Afghanistan serahkan rumah baharu kepada pelarian yang kembali
  • GLOBAL

Afghanistan serahkan rumah baharu kepada pelarian yang kembali

Utusan Sarawak 18 hours ago
PROJEK perumahan di Farah merupakan sebahagian daripada inisiatif lebih luas kerajaan Afghanistan untuk mengagihkan tanah dan membina kediaman bagi mereka yang kembali ke negara itu.

KABUL: Pihak berkuasa Afghanistan menyiapkan dan menyerahkan 108 rumah baharu di wilayah barat Farah kepada keluarga pelarian yang baru pulang ke negara itu, bagi menyediakan perlindungan penting susulan peningkatan jumlah kepulangan pelarian, menurut Agensi Berita Bakhtar hari ini, lapor Xinhua.

Unit kediaman itu, yang dibina dengan kos AS$550,000 hasil sokongan kewangan sebuah organisasi antarabangsa, diserahkan secara rasmi kepada penerima manfaat, menurut laporan itu. Pegawai menyifatkan tempat perlindungan berkenaan sebagai penting bagi keluarga yang pulang selepas bertahun-tahun hidup dalam keadaan terpaksa berpindah.

Dalam tempoh tiga hari lalu sahaja, hampir 14,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air mereka, dengan sebahagian besar memasuki negara itu melalui lintasan sempadan Torkham di wilayah timur Nangarhar, manakala yang lain melalui Spin Boldak di selatan Kandahar serta beberapa laluan lain, menurut laporan itu.

Projek perumahan di Farah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif lebih luas kerajaan Afghanistan untuk mengagihkan tanah dan membina kediaman bagi mereka yang kembali ke negara itu di seluruh negara.

Sepanjang tahun lalu, hampir tiga juta rakyat Afghanistan kembali dari negara jiran Iran dan Pakistan, susulan usaha kedua-dua negara itu memperhebat tindakan menghantar pulang warga asing tanpa dokumen. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lebih 7,300 anggota kawal keselamatan Sidang Kemuncak ASEAN 2026 di Cebu
Next: Penumpang terjun dari pesawat di Lapangan Terbang Chennai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.