Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lima maut kereta terjunam ke dalam sungai di Bolivia
  • GLOBAL

Lima maut kereta terjunam ke dalam sungai di Bolivia

Utusan Sarawak 9 hours ago
LIMA maut kereta terjunam ke dalam sungai di Bolivia. Foto hiasan.

LA PAZ: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Sungai Mapiri di perbandaran Guanay, di jabatan barat Bolivia La Paz, lapor Xinhua.

Kenderaan itu membawa sekurang-kurangnya tujuh orang apabila ia terbabas dari jalan raya dan jatuh ke dalam sungai lewat Jumaat, kata pegawai polis tempatan Janeth Perez kepada media tempatan, semalam.

Dua mangsa yang cedera parah berjaya diselamatkan dan dibawa ke pusat perubatan berhampiran.

Polis berkata, lima mangsa meninggal dunia akibat lemas dan tiada seorang pun dilaporkan hilang buat masa ini.

Usaha menyelamat diteruskan hingga awal semalam dalam keadaan sukar. Pihak berkuasa telah membuka siasatan berhubung punca kemalangan itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kawalan ketat jejas penjaja, budaya makanan jalanan Bangkok terancam
Next: Satelit pemerhatian bumi Korea Selatan dilancarkan dari pangkalan AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.