Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari Keluarga SUPP Cawangan Bawang Assan eratkan perpaduan ahli
  • Tengah
  • WILAYAH

Hari Keluarga SUPP Cawangan Bawang Assan eratkan perpaduan ahli

Utusan Sarawak 19 hours ago
ERATKAN PERPADUAN…..Program Hari Keluarga SUPP cawangan Bawang Assan di kawasan air terjun berhampiran pekan Julau sempena sambutan Hari Pekerja.

SIBU: Sayap Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan telah menganjurkan program Hari Keluarga di kawasan air terjun berhampiran pekan Julau sempena sambutan Hari Pekerja.

Menurut Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie, program tersebut merupakan aktiviti luar berorientasikan keluarga yang pertama dianjurkan oleh sayap pemuda.

“Kita berharap inisiatif ini dapat memberi ruang kepada ahli yang sering sibuk dengan urusan kerja dan komitmen parti untuk berehat sempena cuti Hari Pekerja, di samping mengeratkan interaksi antara keluarga serta memperkukuhkan perpaduan dalam cawangan parti.

PROGRAM Hari Keluarga di kawasan air terjun Julau mengeratkan hubungan sesama ahli dan keluarga SUPP Bawang Assan.

Katanya, program di kawasan semula jadi itu bukan sahaja memberi peluang menghargai keindahan alam, malah mengeratkan hubungan ahli serta mencipta pengalaman bermakna.

Sementara itu, Ketua Sayap Pemuda SUPP Cawangan Bawang Asaan, Kapitan Chew Hoo Kiong memberitahu, program tersebut telah disertai oleh seramai kira-kira 80 peserta.

“Para peserta berkumpul pada waktu pagi sebelum bergerak bersama ke lokasi, di mana mereka menikmati sesi santai makan bersama dan beramah mesra.

“Selain makanan yang disediakan oleh penganjur, keluarga yang hadir turut membawa hidangan dan keperluan masing-masing.

“Sesi barbeku serta aktiviti berkongsi makanan turut diadakan, membolehkan para peserta menikmati juadah dalam suasana mesra dan harmoni,” ujarnya.

Menurutnya, satu lagi program akan diadakan pada 9 Mei ini di Sungai Empawah, dengan jemputan kepada lebih ramai ahli dan keluarga untuk turut serta.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak hilang enam hari ditemui selamat dalam semak
Next: Pendedahan awal bahaya dadah benteng lindungi pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.