
SARIKEI: Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii telah menyerahkan sebanyak projek pintu kepada 150 pintu rumah panjang di kawasan Bayong dan Ulu Sarikei semalam.
Katanya, ia adalah sebagai usaha berterusan meningkatkan kesejahteraan penduduk luar bandar.
“Antara penerima projek pintu ialah Rumah (Rh) Austin Chali Serani, Rh Andy Achom, Rh Antam Ali dan Rh Lat Sambang di Bayong, selain Rh Soon Ugap dan Rh Mering Bada di Ulu Sarikei.
“Pendekatan turun padang amat penting dalam memperkukuh hubungan antara wakil rakyat dan komuniti setempat.
“Ia penting bagi memperkukuh hubungan antara saya sebagai wakil rakyat di kawasan ini dan komuniti setempat, di samping membolehkan sebarang isu di peringkat akar umbi dikenal pasti dan diselesaikan dengan lebih cepat,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.


Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok itu juga berkata, lawatan tersebut turut memberi peluang kepada beliau mendengar sendiri pelbagai permasalahan dan keperluan penduduk rumah panjang bagi tindakan susulan yang sewajarnya.
“Terima kasih kepada semua penduduk rumah panjang atas sambutan mesra dan kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan.
“Selain itu, sokongan berterusan rakyat terhadap kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan kerajaan Sarawak amat penting bagi memastikan pembangunan negeri dapat dilaksanakan secara konsisten dan berkesan,” katanya.
Pada masa sama, beberapa rumah panjang berhampiran turut menerima bantuan projek pintu.
Antaranya ialah Rh Mohd Rahmat Abdullah, Rh Linggi Smail, Rh Lim Tow Sang dan Rh Melina Jaban sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni lebih ramai penduduk rumah panjang di kawasan tersebut.
Oleh Earl Anek