Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gaya hidup sihat diberi penekanan dalam kalangan warga IPD Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

Gaya hidup sihat diberi penekanan dalam kalangan warga IPD Lawas

Utusan Sarawak 24 hours ago
POLIS SIHAT..Warga IPD Lawas pada Program Gaya Hidup Sihat asas kepada membudayakan hidup lebih sejahtera. 

LAWAS: Program Gaya Hidup Sihat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas dianjurkan bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental warga polis.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata program tersebut merupakan usaha untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lawas.

“Inisiatif ini memberi tumpuan kepada pencegahan penyakit, menangani obesiti menerusi program cergas dan sihat, serta memupuk kesihatan menyeluruh bagi memastikan tahap kesiapsiagaan berada dalam keadaan yang baik,” katanya.

Beliau berkata penganjuran program ini juga bertujuan memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga IPD Lawas di samping mengukuhkan hubungan silaturahim sesama anggota.

“Selain itu, ia turut memberi fokus kepada peningkatan tahap kecergasan fizikal, khususnya dari segi kelajuan dan ketangkasan,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Seramai 54 warga IPD Lawas menyertai Program Gaya Hidup Sihat yang berlangsung di Stadium Lawas di sini.

Program yang diadakan dari 7.30 pagi hingga 8.30 pagi itu melibatkan penyertaan tujuh Pegawai Kanan Polis (PKP), 33 Pegawai Rendah Polis (PRP) serta 14 pegawai awam.

Program tersebut diselaraskan oleh Inspektor Justin Goan Boon Kiat.

Antara pengisian aktiviti termasuk sesi taklimat, regangan pemanasan badan, larian mengelilingi stadium, regangan penyejukan badan, sesi bergambar serta bersurai.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 378 pelajar sertai perbarisan BSMM Sibu, pamer disiplin dan perpaduan tinggi
Next: Buaya besar masih kelihatan berhampiran wharf sekolah di Telok Gelam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.