Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 378 pelajar sertai perbarisan BSMM Sibu, pamer disiplin dan perpaduan tinggi
  • Tengah
  • WILAYAH

378 pelajar sertai perbarisan BSMM Sibu, pamer disiplin dan perpaduan tinggi

Utusan Sarawak 9 hours ago
PERBARISAN… Chieng melakukan pemeriksaan perbarisan ke atas kontinjen BSMM Cabang Sibu sempena Perbarisan Lintas Hormat Tahunan BSMM Cabang Sibu 2026 di Stadium Tun Zaidi, Sibu.

SIBU: Seramai 378 ahli pelajar daripada 14 sekolah menyertai Perbarisan Lintas Hormat Tahunan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Sibu 2026 di Stadium Tun Zaidi, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek berkata, penyertaan tersebut melibatkan 21 pasukan yang bertanding dalam acara kawad kaki, telah mempamerkan tahap disiplin dan semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan pelajar.

Menurutnya, pertandingan kawad kaki itu menilai aspek penyelarasan, disiplin serta pelaksanaan setiap pasukan melalui pergerakan yang seiring dan arahan yang tepat.

KONTINJEN BSMM Cabang Sibu pada Perbarisan Lintas Hormat Tahunan BSMM Cabang Sibu 2026 di Stadium Tun Zaidi, Sibu.

“Latihan seperti ini bukan sahaja menguji keupayaan fizikal, malah menerapkan nilai disiplin diri, tanggungjawab, kerja berpasukan dan fokus dalam kalangan peserta, di samping membantu pembangunan sahsiah secara menyeluruh,” katanya semasa berucap pada majlis perbarisan tersebut, hari ini. 

Beliau turut melahirkan rasa bangga dengan komitmen dan prestasi yang ditunjukkan oleh para pelajar sepanjang program berkenaan.

“Semangat yang dipamerkan amat menggalakkan dan diharapkan mereka akan terus menjunjung nilai-nilai Bulan Sabit Merah serta membesar sebagai generasi yang penyayang dan bertanggungjawab,” ujarnya.

Turut hadir Pengerusi BSMM Cabang Sibu, Penghulu Chua Hiong Kee.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kaunter Khidmat Bergerak Miri bantu rakyat akses bantuan kerajaan
Next: Gaya hidup sihat diberi penekanan dalam kalangan warga IPD Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.