Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lawatan Pra-Gawai platform dengar keperluan penduduk luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Lawatan Pra-Gawai platform dengar keperluan penduduk luar bandar

Utusan Sarawak 5 hours ago
 ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama penduduk rumah panjang. Foto Pusat Khidmat Meradong.

BINTANGOR: Program Pra-Gawai yang dilaksanakan setiap tahun oleh Pusat Khidmat Meradong terus menjadi platform berterusan mempererat hubungan antara pemimpin dan masyarakat luar bandar menerusi lawatan ke beberapa rumah panjang di kawasan Batu 2, Batu 2½ dan Batu 3, Jalan KJD Bintangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, program tersebut mencerminkan komitmen berterusan pihaknya untuk turun padang bertemu rakyat tanpa mengira musim.

“Lawatan ini bukan hanya ketika musim pilihan raya.

 ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama penduduk rumah panjang. Foto Pusat Khidmat Meradong.

“Setiap tahun kita akan turun padang, tanpa mengira jauh atau dekat, panjang atau pendek sesebuah rumah panjang, kita tetap akan berkunjung,” katanya ketika mengetuai lawatan tersebut bersama rombongan ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor pada semalam.

Koung Hiing yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Bintangor berkata, sepanjang lawatan tersebut, beliau turut mendengar sendiri permasalahan penduduk serta menerima beberapa surat permohonan berkaitan keperluan pembangunan dan kemudahan asas di kawasan rumah panjang.

“Kerajaan Sarawak akan terus memperkasa pembangunan luar bandar melalui pelbagai inisiatif termasuk Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), Projek Kecil Luar Bandar (MRP), Program Pembaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS), Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dan Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA).

“Saya berharap agar penduduk rumah panjang terus mengekalkan semangat perpaduan dan memberikan sokongan padu kepada kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada penduduk rumah panjang atas sambutan mesra yang diberikan serta berharap hubungan erat antara pemimpin dan masyarakat setempat akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Alunan balada Nadhif Basalamah memukau penonton RRMF 2026
Next: Angin ribut rosakkan bumbung Klinik Kesihatan Kuala Mendalam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.