Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bantuan SKAS 2026 beri kelegaan namun timbul rungutan segelintir penduduk
  • TEMPATAN

Bantuan SKAS 2026 beri kelegaan namun timbul rungutan segelintir penduduk

Utusan Sarawak 8 hours ago
AHLI Majlis Perbandaran Padawan, Gerald Goh.

KUCHING: Bantuan yang diperkenalkan bagi membantu rakyat Sarawak menghadapi peningkatan kos sara hidup menerima reaksi bercampur, apabila terdapat segelintir pihak meluahkan rasa tidak puas hati walaupun ia bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah.

Kerajaan Sarawak mengiktiraf kesukaran yang dihadapi rakyat berikutan ketidaktentuan global dengan meningkatkan bantuan SKAS 2026. Inisiatif ini diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pada 16 April bagi meringankan beban perbelanjaan harian dan menyokong golongan yang terkesan.

Walaupun pengumuman tersebut membawa kelegaan kepada ramai dalam kumpulan berpendapatan rendah, terdapat individu yang meluahkan rasa tidak puas hati selepas tidak menerima bantuan pada tahun ini walaupun pernah menerimanya sebelum ini.

Ahli Majlis Perbandaran Padawan, Gerald Goh yang juga Setiausaha Penganjur SUPP Batu Kitang berkata, beliau menerima beberapa aduan daripada penduduk di kawasan Batu Kitang.

Menurutnya, perkara tersebut turut dibangkitkan semasa program bersama masyarakat yang dianjurkan oleh ADUN Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang.

“Seperti biasa, YB Lo akan menerangkan dengan sabar kepada individu yang membuat aduan. Sudah tentu ada yang mempunyai kesukaran masing-masing,” katanya.

Gerald menjelaskan bahawa mereka yang tidak menerima SKAS berkemungkinan tidak lagi berada dalam kategori B40, sekali gus menunjukkan kedudukan kewangan mereka mungkin telah bertambah baik.

Beliau menegaskan bahawa tujuan utama SKAS adalah untuk mengutamakan penggunaan sumber terhad kepada golongan yang menghadapi tekanan kewangan lebih besar agar mereka mendapat sedikit kelegaan.

“Ia bukan bermaksud sesiapa diabaikan, tetapi lebih kepada memberi keutamaan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau mengakui sistem sedia ada tidak sempurna dan masih boleh ditambah baik.

“Kita boleh dan perlu terus berbincang untuk menjadikan dasar ini lebih adil, telus dan berkesan supaya bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Di bawah kadar baharu SKAS 2026, isi rumah akan menerima RM1,100 iaitu peningkatan RM150, warga emas RM600 meningkat RM100, manakala individu bujang menerima RM375 iaitu tambahan RM75.

Selain itu, pengguna elektrik domestik di Sarawak akan menikmati diskaun 25 peratus bagi bil elektrik dari April hingga Disember 2026. Seramai 714,557 pengguna dijangka mendapat manfaat dengan kos RM188.1 juta ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Komuniti Pugu teroka usaha lestari, 538 anak penyu dilepaskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.