
HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 15 terbunuh dalam nahas jalan raya di tengah India, Madhya Pradesh pada petang Rabu.
Kemalangan itu berlaku di daerah Dhar, kira-kira 250 kilometer dari ibu negeri Bhopal.
Mangsa, termasuk wanita dan kanak-kanak, menaiki sebuah van pikap yang terbalik di Lebuh Raya Nasional Indore-Ahmedabad, lapor media tempatan.
Lima belas dilaporkan maut dan kira-kira 20 cedera. Mereka yang cedera dibawa ke hospital daerah Dhar, dengan ramai yang mengalami kecederaan serius.- Bernama