Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ketua eSafety Australia dakwa terima ugutan bunuh selepas larangan media sosial
  • GLOBAL

Ketua eSafety Australia dakwa terima ugutan bunuh selepas larangan media sosial

Utusan Sarawak 5 hours ago
JULIE Inman Grant, Suruhanjaya eSafety Australia.

ISTANBUL: Pengawal selia keselamatan dalam talian tertinggi Australia mendedahkan beliau menerima ugutan bunuh dan kecaman meluas susulan pelaksanaan larangan media sosial yang mencetuskan kontroversi, lapor Anadolu Ajansi memetik SBS News hari ini.

Julie Inman Grant yang mengetuai Suruhanjaya eSafety negara itu berkata tindak balas negatif semakin meningkat selepas peraturan baharu yang menangguhkan akses kanak-kanak kepada media sosial sehingga usia 16 tahun diumumkan.

Dalam tempoh 24 jam selepas kritikan terbuka daripada Elon Musk, yang menggelarnya sebagai ‘pesuruhjaya penapisan’, kira-kira 75,000 hantaran ditujukan kepadanya secara dalam talian, dengan sebahagian besar disifatkan sebagai toksik, berbahaya atau mengandungi ugutan bunuh yang boleh dipercayai.

Bercakap pada forum kesaksamaan gender bersama bekas Perdana Menteri Julia Gillard, Inman Grant berkata maklumat peribadinya didedahkan, selain menjadi sasaran pemalsuan digital realistik dan kecaman berunsur jantina.

“Masalah saya ialah apabila mereka mendedahkan maklumat peribadi anak-anak dan ahli keluarga saya ia membuatkan saya terfikir, adakah saya meletakkan keluarga dan anak-anak saya dalam bahaya, dan bagaimana saya mahu melindungi mereka?” kata beliau.

Beliau menyuarakan kebimbangan berhubung ugutan yang turut melibatkan keluarganya, selain mempersoalkan cara untuk memastikan keselamatan mereka.

GAMBAR hiasan.

Pesuruhjaya itu memberi amaran bahawa apabila lebih ramai wanita memegang peranan sebagai pengawal selia dan pemimpin, sama seperti wakil rakyat, mereka mungkin memerlukan perlindungan keselamatan rasmi.

Walaupun anggota parlimen lazimnya menerima perlindungan keselamatan disokong kerajaan, beliau berkata pengawal selia ketika ini tidak mempunyai perlindungan seumpama itu.

Meskipun menerima ugutan, Inman Grant berkata serangan terbabit hanya menguatkan tekadnya untuk menguatkuasakan langkah keselamatan dalam talian, sambil menegaskan bahawa ugutan tidak akan menghalang tugasnya.

Minggu lalu, Pesuruhjaya eSafety Australia mengeluarkan notis ketelusan yang boleh dikuatkuasakan dari segi undang-undang kepada platform permainan utama termasuk Roblox, Minecraft, Fortnite dan Steam, susulan kebimbangan bahawa permainan dalam talian disalahgunakan oleh pemangsa seksual dan kumpulan pelampau.

Tahun lepas, Australia menjadi negara pertama di dunia yang melarang akaun media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun.

Sejak langkah Australia itu, beberapa negara turut mengambil langkah ke arah sama susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kesan media sosial ke atas kesihatan mental, perkembangan dan pembelajaran golongan muda. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Raja Charles sindir Trump, berseloroh rakyat Amerika mungkin bertutur bahasa Perancis tanpa British
Next: Thaksin diberi parol, dibebaskan 11 Mei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.