Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penggunaan tenaga secara berhemah digalak ketika El Niño
  • TEMPATAN

Penggunaan tenaga secara berhemah digalak ketika El Niño

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENGUNAAN tenaga secara berhemah dan cekap digalakkan susulan keadaan cuaca lebih panas dan kering akibat fenomena El Niño yang berterusan di rantau ini.

KUCHING: Penggunaan tenaga secara berhemah dan cekap digalakkan susulan keadaan cuaca lebih panas dan kering akibat fenomena El Niño yang berterusan di rantau ini.

Keadaan suhu yang meningkat lazimnya mendorong pertambahan penggunaan elektrik, khususnya bagi tujuan penyejukan, sekali gus menjadikan pengurusan tenaga secara proaktif penting bagi membantu isi rumah mengawal penggunaan dan kos elektrik ketika tempoh permintaan tinggi.

Sarawak terus menawarkan antara tarif elektrik paling kompetitif di Asia Tenggara, membolehkan pengguna menikmati bekalan tenaga yang stabil dan mampu milik.

Pada masa sama, amalan penggunaan tenaga secara bijak turut menyumbang kepada kecekapan sistem keseluruhan, selaras dengan operasi semasa serta perancangan jangka panjang dalam memastikan bekalan elektrik yang boleh dipercayai di seluruh negeri.

Penggunaan tenaga boleh dioptimumkan melalui beberapa langkah mudah, antaranya menetapkan suhu pendingin hawa sekitar 24°C dengan memastikan pintu dan tingkap ditutup rapat, selain memanfaatkan kipas atau pengudaraan semula jadi bagi mengurangkan kebergantungan kepada penghawa dingin.

Selain itu, pengguna digalakkan menutup lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan, menggunakan peralatan cekap tenaga seperti lampu LED serta memasang langsir atau bidai bagi mengurangkan kemasukan haba ketika waktu paling panas.

Dalam jangka panjang, kecekapan tenaga boleh dipertingkatkan melalui amalan berhemah seperti menyesuaikan penggunaan mengikut kehadiran penghuni, memantau penggunaan elektrik secara berkala serta menjadualkan penggunaan peralatan berkuasa tinggi di luar waktu puncak.

Pengguna yang mempunyai meter pintar turut boleh memanfaatkan aplikasi mudah alih SEB cares atau portal web untuk mengurus penggunaan tenaga dengan lebih efektif.

Ciri Sorotan Tenaga yang disediakan membolehkan pemantauan penggunaan elektrik secara setiap jam, harian dan bulanan.

Seiring peningkatan penggunaan peralatan elektrik ketika cuaca panas, aspek keselamatan elektrik juga perlu diberi perhatian.

Antaranya termasuk mengelakkan penggunaan soket secara berlebihan, memastikan pendawaian berada dalam keadaan selamat serta meletakkan peralatan seperti peti sejuk jauh daripada sumber haba.

Sebarang pemasangan atau pembaikan elektrik hendaklah dilakukan oleh tenaga mahir dengan menggunakan produk yang diperakui dan diluluskan.

Sarawak Energy terus komited menyokong amalan tenaga lestari di samping menyediakan bekalan tenaga yang boleh dipercayai, mampu milik dan boleh diperbaharui.

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1300-88-3111, emel customercare@sarawakenergy.com, atau melalui aplikasi SEB cares serta portal web, selain berinteraksi dengan ejen maya, CARINA.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kuching catat sejarah tuan rumah Simposium Serantau CIFA pertama Malaysia
Next: Potongan RM8,000 tanpa penjelasan, PPS desak agensi pelancongan bertanggungjawab

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.