Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Konsert 40 Chapters Of Love Julai ini rangkum perjalanan seni Aishah
  • HIBURAN

Konsert 40 Chapters Of Love Julai ini rangkum perjalanan seni Aishah

Utusan Sarawak 6 hours ago
LEBIH empat dekad mewarnai industri muzik tanah air, penyanyi tersohor tanah air Datuk Aishah bakal mengadakan konsert solo berskala besar menerusi ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ dijadual berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 4 Julai depan. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Lebih empat dekad mewarnai industri muzik tanah air, penyanyi tersohor tanah air Datuk Aishah bakal mengadakan konsert solo berskala besar menerusi Aishah 40 Chapters Of Love yang dijadual berlangsung di Megastar Arena, di sini pada 4 Julai depan.

Konsert istimewa anjuran Vox Nation Live  itu bukan sahaja meraikan perjalanan seni pemilik nama penuh Wan Aishah Wan Ariffin ini sejak era 1980-an, tetapi turut membawa makna tersendiri buat beliau.

“Saya artis yang jarang buat konsert, jadi ini sangat bermakna. Perjalanan saya bukan lurus, tetapi macam roller coaster. Ada masa naik, ada masa jatuh… tapi saya percaya kalau kita ada semangat untuk membaiki diri, kita akan sentiasa bangkit semula,” katanya pada sidang media konsert itu di sini, semalam.

Pelantun lagu Janji Manismu itu berkata konsert berkenaan bukan sekadar persembahan, sebaliknya menjadi platform menghimpunkan individu daripada pelbagai fasa kehidupannya sepanjang 40 tahun dalam industri.

KONSERT istimewa anjuran Vox Nation Live itu bukan sahaja meraikan perjalanan seni pemilik nama penuh Wan Aishah Wan Ariffin ini sejak era 1980-an, tetapi turut membawa makna tersendiri buat beliau. Foto BERNAMA

“Muzik ini akan menjadi penghubung kepada semua yang hadir,” katanya, menambah konsert itu turut menampilkan penyanyi Ara Johari sebagai artis jemputan.

Menjengah usia 61 tahun, Aishah mengakui perlu bekerja lebih keras dalam membuat persiapan konsert berkenaan, khususnya selepas berdepan kritikan terhadap kemampuan vokalnya.

“Dulu mungkin saya tidak bekerja sekeras seperti sekarang. Tapi bila umur meningkat, kita faham kemampuan sebenar kita dan kita perlu berusaha untuk capai tahap itu.

“Sekarang saya berlatih kira-kira tiga jam setiap hari, jaga makan, jaga stamina. Pada usia ini, untuk buat persembahan hampir tiga jam bukan mudah, apatah lagi lagu-lagu saya banyak yang bernada tinggi,” katanya yang akan menyampaikan lebih 20 lagu pada konsert itu.

AISHAH mengakui perlu bekerja lebih keras dalam membuat persiapan konsert berkenaan, khususnya selepas berdepan kritikan terhadap kemampuan vokalnya.. Foto BERNAMA

Bekas peserta program Gegar Vaganza musim keempat dan ke-10 ini turut mendapatkan bimbingan guru vokal bagi memperbaik teknik nyanyian, selain melihat kritikan sebagai ruang untuk membaiki diri.

“Dulu saya tak faham kenapa ada masa nyanyian jadi atau tak jadi. Sekarang bila belajar, baru saya faham… selama ini kita buat, tapi kita tak tahu kenapa jadi atau tak jadi,” katanya, menambah perubahan suara suara seiring usia adalah perkara semula jadi.

Sementara itu, Aishah mengakui berdepan cabaran apabila jualan tiket awal yang dibuka sejak 17 April lepas mengalami gangguan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan peminat, malah tidak menolak kemungkinan wujud unsur sabotaj.

“Bila jadi macam itu, saya menangis dulu… sebab kita bekerja keras. Lepas itu baru fikir apa langkah seterusnya,” katanya.

Menurut penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini, situasi itu berlaku apabila sistem pembelian membolehkan tiket dimasukkan ke dalam troli tanpa pembayaran, sekali gus memperlihatkan kepada pengguna lain seperti telah habis dijual.

“Ada yang kata mereka tunggu berjam-jam, cuba masuk tapi tak boleh, ada yang nampak sold out. Rupanya sistem itu macam dimasukkan ke dalam cart, jadi orang lain tak boleh beli,” katanya.

Susulan itu, katanya, pihak pengurusan dan penganjur mengambil keputusan menukar platform jualan bagi memastikan peminat dapat membeli tiket dengan lebih lancar.

Kini, tiket konsert berkenaan boleh dibeli menerusi laman web www.ticketmelon.com/voxnationlive/aishah40 dengan lapan kategori ditawarkan pada harga antara RM168 hingga RM788. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Lelaki mengaku bersalah rancang serangan terhadap konsert Taylor Swift
Next: Konsert BTS dorong pelancong asing tinggal lebih lama, belanja lebih banyak di Korea Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.