Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas hilang lima hari ditemukan meninggal dunia
  • Utara
  • WILAYAH

Warga emas hilang lima hari ditemukan meninggal dunia

Utusan Sarawak 11 hours ago
DITEMUI… Pasukan SAR membawa keluar mayat mangsa, Sagai  Kunchau, 73, selepas ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran kebun di Petronas By Pass Miri pada hari kelima operasi mencari dan menyelamat, hari ini.

MIRI: Misteri kehilangan seorang warga emas yang dilaporkan tidak pulang dari kebunnya sejak Khamis lalu akhirnya terjawab apabila mangsa ditemukan meninggal dunia oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Mangsa ditemukan pada 12.30 tengah hari dalam kawasan hutan berhampiran kebun berdekatan Petronas By Pass Miri, kira-kira satu kilometer dari pos kawalan operasi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi SAR hari kelima bermula seawal 8.30 pagi dengan bantuan Unit K9 Bomba yang digerakkan ke lokasi kejadian bagi meneruskan pencarian.

“Taklimat operasi diadakan pada 9.00 pagi bersama semua agensi terlibat sebelum pencarian dibahagikan kepada dua kumpulan dengan radius pencarian sejauh satu kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa berjaya ditemukan pada 12.30 tengah hari sebelum dibawa keluar ke pos kawalan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada 1.30 petang. Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang selepas keluar ke kebunnya berhampiran Petronas By Pass Miri pada 23 April lalu namun tidak pulang ke rumah. Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jemaah haji disaran manfaatkan sepenuhnya ibadah di Tanah Suci
Next: Penduduk Skim Penempatan Semula Stampin gesa tindakan atasi longkang tersumbat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.