Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Belia Sarawak pelopor pembangunan Sarawak dalam pelan PCDS 2030
  • Utara
  • WILAYAH

Belia Sarawak pelopor pembangunan Sarawak dalam pelan PCDS 2030

Utusan Sarawak 7 hours ago
BELIA PELOPOR…Steve kelihatan menyampaikan ucapan penuh semangat untuk belia Sarawak agar terus bersama kepimpinan di wilayah Sarawak.

LAWAS: Belia Sarawak merupakan pelopor dalam pelan hala tuju Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Exco Saberkas Sarawak, Steve Lius berkata, golongan belia kini bukan lagi sekadar pelapis, sebaliknya menjadi penggerak bersama dalam pembangunan Sarawak.

“Belia hari ini dituntut untuk turut menyumbang kepada pembangunan sosial, budaya, ekonomi serta perpaduan di Sarawak.

BELIA SARAWAK...Steve bersama Saberkas Cawangan Bukit Sari, Saberkas Cawangan Ba’kelalan, pelatih Centexs Lawas dan MBM melaungkan kebangkitan belia Sarawak ke arah PCDS 2030. 

“Kita juga perlu terus meningkatkan ilmu pengetahuan, memperkukuh kemahiran dalam bidang diceburi serta menerapkan nilai kesukarelawanan. Belia Sarawak harus mempunyai pandangan yang positif ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jelajah Mengerak Belia sempena Hari Belia Negara 2026 di CENTEXS Lawas, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru golongan belia agar mengamalkan budaya berintegriti serta tidak mudah berputus asa dalam perjuangan masing-masing.

“Marilah kita bersama, dari Lawas hingga ke Kuching, menyatukan tekad untuk menyokong sepenuhnya kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, dalam membangunkan Sarawak dan negara,” tambahnya.

Seramai 100 pelatih CENTEXS Lawas bersama Saberkas Cawangan Bukit Sari dan Saberkas Cawangan Ba’kelalan menyertai Program Jelajah Mengerak Belia sempena Hari Belia Negara 2026 di pusat tersebut.

Program dimulakan dengan aktiviti senam sihat, diikuti amanat daripada Exco Saberkas Sarawak serta penyerahan baton daripada Majlis Belia Malaysia (MBM) kepada Steve sebelum diserahkan semula kepada MBM untuk diteruskan ke Bahagian Miri.

Turut hadir, Pengerusi Saberkas Cawangan Bukit Sari, Awangku Syahrizan Pengiran Hipni, Timbalan Pengerusi Saberkas Cawangan Ba’kelalan, Kr Bidin Untong serta wakil-wakil MBM dari Kuala Lumpur.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lelaki rugi lebih RM13,000 akibat ugutan along libatkan adik
Next: Jemaah haji disaran manfaatkan sepenuhnya ibadah di Tanah Suci

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.