Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak Delta diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark
  • SEMASA

Sarawak Delta diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark

Utusan Sarawak 13 hours ago
 MAJLIS Penyerahan Sijil Pengiktirafan oleh Ketua Seksyen Sains Bumi dan Geopark UNESCO, Kristof Vandenberghe kepada Datuk Len Talif Salleh dan delegasi Sarawak pada 27 April 2026 di Ibu Pejabat UNESCO di Paris.

PARIS: Sarawak Delta Geopark yang merangkumi keluasan 3,112 kilometer persegi kini secara rasmi diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark, menandakan satu pencapaian penting dalam usaha pemuliharaan warisan geologi, alam sekitar dan budaya di negeri ini.

Kawasan geopark itu meliputi 2,685 kilometer persegi daratan dan 427 kilometer persegi kawasan laut, merangkumi Bahagian Kuching serta sebahagian kecil Bahagian Serian.

Majlis penyerahan sijil pengiktirafan berlangsung pada 27 April 2026 di Ibu Pejabat UNESCO di Paris, dengan delegasi Sarawak diketuai Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh.

 KENANGAN… Datuk Len Talif Salleh bersama delegasi Sarawak yang lain merakam gambar kenangan pada Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan di Ibu Pejabat UNESCO di Paris.

Sijil berkenaan disampaikan oleh Ketua Seksyen Sains Bumi dan Geopark UNESCO, Kristof Vandenberghe.

Pengiktirafan ini menjadikan Sarawak Delta Geopark sebagai antara kawasan berstatus geopark global yang diurus secara menyeluruh berasaskan konsep pemuliharaan, pendidikan dan pembangunan mampan.

UNESCO Global Geopark memberi tumpuan kepada kawasan yang mempunyai kepentingan geologi antarabangsa, termasuk landskap sungai yang kompleks, pesisir pantai serta formasi sedimen yang mencatat sejarah bumi berjuta tahun.

Selain nilai geologi, kawasan ini turut kaya dengan ekosistem seperti hutan bakau, paya gambut dan habitat muara yang menyokong kepelbagaian biodiversiti.

Sarawak Delta turut dihuni komuniti setempat yang masih mengekalkan tradisi dan budaya yang berkait rapat dengan alam sungai dan persekitarannya.

Pengiktirafan tersebut adalah hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk komuniti tempatan, agensi kerajaan, penyelidik serta rakan strategik pemuliharaan yang komited melindungi kawasan berkenaan secara mampan.

Dengan status baharu ini, Sarawak dijangka mendapat peningkatan keterlihatan di peringkat antarabangsa serta merancakkan sektor ekopelancongan dan pembangunan komuniti tanpa menjejaskan kelestarian alam sekitar.

Ia juga selaras dengan aspirasi negeri dalam memperkukuh agenda pembangunan mampan serta menjadikan Sarawak sebagai destinasi utama ekonomi hijau di rantau ini.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datu Abdullah Julaihi, Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Morshidi Fredrick serta pegawai-pegawai kanan jabatan berkaitan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Naik taraf fasiliti Sukan SEA 2027 berjalan lancar mengikut jadual
Next: Sukan SEA 2027 bukan sekadar sukan, jadi festival rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.