Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pemandu cedera, kereta terjunam ke dalam longkang di Jalan Tanjung Kunyit
  • KEMALANGAN

Pemandu cedera, kereta terjunam ke dalam longkang di Jalan Tanjung Kunyit

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA PGO berjaya mengeluarkan mangsa dari kenderaan. Foto: PGO

SIBU: Seorang lelaki mengalami kecederaan pada bahagian kaki selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang di Lot 508, Jalan Tanjung Kunyit, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.26 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 20 kilometer dari balai berkenaan dan tiba pada 10.47 pagi

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Axia yang didapati telah terjatuh ke dalam longkang dengan seorang mangsa masih berada di kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang merupakan pemandu kenderaan berkenaan, berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tanpa menggunakan peralatan khas.

Beliau berkata mangsa didapati mengalami kecederaan pada bahagian kaki sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi untuk rawatan awal.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera ringan kereta terjunam gaung di Kampung Pelapi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.