Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Bekas pengarah syarikat telekomunikasi didakwa kemuka dokumen palsu
  • MAHKAMAH

Bekas pengarah syarikat telekomunikasi didakwa kemuka dokumen palsu

Utusan Sarawak 8 hours ago
BEKAS pengarah syarikat telekomunikasi Wong Chee Keong, 73, (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi pernyataan palsu berhubung perkhidmatan jurutera perunding pengurusan projek (ICE), 14 tahun lepas. Hakim Mohd Kafli Che Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia serta syarat tambahan melaporkan diri dua bulan sekali di pejabat SPRM dan pasport tertuduh tidak diserahkan kepada mahkamah. Mahkamah menetapkan 29 Jun depan untuk sebutan semula kes. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah syarikat telekomunikasi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi pernyataan palsu berhubung perkhidmatan jurutera perunding pengurusan projek (ICE), 14 tahun lepas.

Wong Chee Keong, 73, yang juga pesara kerajaan didakwa memberikan dokumen iaitu borang pengisytiharan bertarikh 13 Ogos 2012 mengandungi butiran palsu kepada Penolong Pengurus Bahagian Teknikal Servis, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, bagi maksud untuk mengelirukan prinsipalnya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Menara Bank Pembangunan, Bandar Wawasan di sini pada 13 September 2012 mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (2) akta sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Vivien Yeap Jie Xi menawarkan jaminan RM20,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia serta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM.

Peguam Muhammad Hafizuddin Salehuddin yang mewakili Wong tidak membantah jaminan dikemukakan pihak pendakwaan, namun memohon supaya pasport anak guamnya tidak diserahkan kepada mahkamah atas alasan isteri tertuduh sakit dan kini menetap di Melbourne, Australia.

“Anak guam saya pesara kerajaan yang kini menetap di Melbourne, bersama isterinya berusia 76 tahun. Isteri anak guam saya berada dalam keadaan uzur kerana menghidap penyakit sakit tulang belakang kronik, sakit saraf pada kedua-dua kaki, gangguan tidur serius, masalah buah pinggang, katarak dan diabetes.

“Sekiranya, pasport anak guam saya tidak diserahkan kepada mahkamah ini akan memudahkan anak guam saya untuk balik ke (Melbourne, Australia) untuk melihat isterinya, selain dia juga bukan berisiko melarikan diri serta sentiasa memberi kerjasama baik sepanjang siasatan SPRM,” katanya.

Bagaimanapun, Yeap berkata bahawa memandangkan tertuduh ialah pemastautin tetap Australia dan berisiko melarikan diri, penyerahan pasport kepada mahkamah tidak menafikan hak kebebasannya, kerana dia masih boleh mengemukakan permohonan sekiranya ingin melawat isterinya.

Hakim Mohd Kafli Che Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia serta syarat tambahan melaporkan diri dua bulan sekali di pejabat SPRM dan pasport tertuduh tidak diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 29 Jun depan untuk sebutan semula kes.- Bernama

Continue Reading

Previous: Najib tarik balik rayuan berhubung tahanan di rumah, tiada alasan diberi
Next: Keputusan rayuan akhir pendakwaan berhubung pembebasan Syed Saddiq 30 Jun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.