Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kompleks UNIFOR simbol perpaduan pelbagai agama Sarawak
  • TEMPATAN

Kompleks UNIFOR simbol perpaduan pelbagai agama Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas berucap pada Majlis Perasmian Kompleks UNIFOR, Kuching. Foto: Nadya Victoria 

KUCHING: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) yang dirasmikan hari ini menjadi simbol kukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang agama di Sarawak.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga menteri bertanggungjawab bagi UNIFOR, pembinaan kompleks tersebut mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memelihara hubungan harmoni antara penganut pelbagai agama.

“Kompleks ini bukan sekadar bangunan, tetapi platform untuk memperkukuh perpaduan, membina kepercayaan dan memastikan keamanan Sarawak terus terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kompleks UNIFOR, di Kuching, hari ini.

Tambah beliau, idea pembinaan kompleks itu tercetus hasil perbualan bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum direalisasikan melalui sokongan kerajaan negeri termasuk kelulusan tanah di lokasi strategik di tengah bandar raya Kuching.

“Walaupun berdepan cabaran dari segi kos dan perancangan, projek tersebut berjaya disiapkan mengikut jadual dengan pemilihan perunding dan kontraktor terbaik.

“Kompleks ini bakal berfungsi sebagai pusat interaksi antara pemimpin dan komuniti pelbagai agama bagi menggalakkan dialog serta memperkukuh persefahaman,” jelasnya.

Sebagai Menteri yang menerajui UNIFOR, beliau berkata sejak 2017 pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk penyaluran peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam serta sokongan kepada sektor pendidikan dan kebajikan.

“Beberapa kemudahan di kompleks ini termasuk ruang acara dan bilik mesyuarat turut disediakan secara percuma bagi kegunaan badan keagamaan.

“Semoga bangunan ini menjadi peringatan bahawa Sarawak kekal bersatu dalam kepelbagaian,” ujarnya.

Untuk rekod, kompleks setinggi 10 tingkat itu turut dibangunkan berteraskan konsep bangunan hijau dan menerima pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI), selaras dengan agenda pembangunan mampan negeri.

oleh Adele Rissa 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak umum Petros bakal sumbang RM1 juta kepada UNIFOR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.