Kalang jana pendapatan dengan madu kelulut

Facebook
WhatsApp
????????????????????????????????????
UNTUK DITUAI… Sebelum menuai, Kalang melakukan pemeriksaan sarang kelulut.

Menternak kelulut dilihat amat berpotensi djadikan sebagai sumber pendapatan bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi pengusaha, sama ada diusahakan secara kecil-kecilan ataupun secara komersial.

Menyedari potensi itulah maka seorang pesara kakitangan hospital Marudi,  Kalang Ngau, 63, memberanikan diri menceburi bidang penternakan lebah berkenaan sejak beliau bersara tiga tahun lalu.

Beliau memilih menternak lebah kelulut di kawasan rumahnya di Kampung Pemindahan Marudi. 

“ Saya memilih menternak lebah kelulut kerana mampu menghasilkan kadar madu yang tinggi dan mudah dijaga,”katanya.

Mudah dijaga dan tidak memerlukan kos yang tinggi adalah antara sebab beliau mampu bertahan sebagai pengusaha penternak lebah kelulut.

Kalang memberitahu, beliau pernah mengikuti kursus pemiliharaan kelulut dan pembangunan produk berasaskan kelulut di Pusat Latihan Pertanian Bahagian Miri anjuran Jabatan Pertanian Miri,  dua tahun lepas.

Katanya penternak perlu memeriksa sarang lebah seminggu sekali bagi memastikan sarang lebah tidak diganggu makhluk perosak atau berdepan dengan kerugian akibat tiada madu dihasilkan.

“Masa menuai saya lakukan sebulan sekali dan tidak boleh terlalu awal kerana jika dituai sebelum matang, madunya akan rasa masam,” beritahu Kalang kepada Utusan Sarawak.

Menurut Kalang walaupun beliau tidak perlu memberi makanan kepada lebah kelulut ini tetapi bagi  membantu mendapatkan madu yang baik, beliau menanam pokok bunga yang sesuai sebagai sumber madu untuk kelulut, berhampiran kotak sarang.

Kalang dengan bantuan isterinya Linging Oreng memilih pokok bunga ‘Air Mata Pengantin’ untuk ditanam berhampiran kotak sarang untuk mendapatkan madu di mana dengan cara ini dapat meningkatkan penghasilan di dalam kotak sarang

Jelasnya lagi, beliau tidak bermasalah mendapat pelanggan untuk produk madunya kerana madu lebah yang dijualnya adalah asli tanpa sebarang campuran gula atau air.

Kalang menjual madu kelulutnya pada harga  RM30 sebotol (125 gram)  dan ada juga dijual RM20 sebotol mengikut saiz botol.

Katanya kini beliau mempunyai 30 sarang kotak / log madu lebah dan beliau mampu menuai sebanyak empat kilogram sebulan.  Jika dijual mengikut kilogram, Kalang menjualnya pada harga  RM150 sekilogram.

Dengan hasil jualannya itu Kalang mampu memperoleh RM600 sekilogram dan produk madu kelulutnya ini  sentiasa mendapat permintaan di pasaran tempatan memandangkan khasiatnya yang tinggi.

Oleh JIKU JUGUONG

Belajar bersabar, jangan rasa tercabar

BELAJAR bersabar, jangan rasa tercabar adalah satu nasihat yang sangat mendalam. Jika diteliti dengan terperinci, sabar adalah kekuatan dalaman dan

Islam mengangkat martabat pekerja

DALAM Islam, pekerjaan bukan sekadar cara untuk memperoleh rezeki, malah ia merupakan satu bentuk ibadah yang mulia jika dilakukan dengan