Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Program Atlet Sihat kesan isu kesihatan tersembunyi atlet berkeperluan khas
  • SUKAN

Program Atlet Sihat kesan isu kesihatan tersembunyi atlet berkeperluan khas

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATO Sri Fatimah Abdullah (tengah) meninjau pelaksanaan saringan kesihatan sempena Program Atlet Sihat di SJK (C) Chung Hua Bintulu.

BINTULU: Program Atlet Sihat (HAP) sempena Sukan Olimpik Khas Kebangsaan ke-6 Sarawak 2026 berjaya mengesan pelbagai isu kesihatan yang sebelum ini tidak disedari dalam kalangan atlet Orang Kurang Upaya (OKU), sekali gus membuktikan kepentingan saringan kesihatan menyeluruh dalam acara sukan inklusif.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, setakat ini sebanyak 2,321 saringan kesihatan telah dijalankan melibatkan 391 atlet daripada 11 program.

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, sekitar 10 peratus atau hampir 200 kes memerlukan rujukan lanjut ke hospital atau klinik, termasuk kes kecemasan seperti radang paru-paru (pneumonia) yang tidak disedari oleh atlet sendiri.

DATO Sri Fatimah Abdullah ketika sidang media Program Atlet Sihat di SJK (C) Chung Hua Bintulu, hari ini.

“Sebanyak 16 peratus atlet yang disaring didapati berkemungkinan mengalami masalah pendengaran, manakala sekitar 5 peratus mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak pernah dikesan sebelum ini.

“Selain itu, hampir 20 peratus atlet memerlukan cermin mata dan sekitar 40 peratus keseluruhan atlet perlu dirujuk sama ada ke klinik atau pakar untuk rawatan lanjut,” katanya pada sidang media Program Atlet Sihat di SJK (C) Chung Hua Bintulu, hari ini.

Beliau menegaskan, tanpa pelaksanaan program seperti HAP, banyak masalah kesihatan dalam kalangan atlet OKU akan terus tidak dikenal pasti dan berpotensi menjadi lebih serius.

Katanya, program tersebut bukan sahaja menyediakan akses kepada pemeriksaan kesihatan, malah memberi peluang kepada atlet menjalani saringan pelbagai disiplin secara serentak di bawah satu bumbung.

“Ini sangat penting kerana ada atlet yang tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum ini, sekali gus menyebabkan masalah kesihatan mereka tidak diketahui oleh ibu bapa, guru mahupun jurulatih,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 15 pengarah klinikal, 97 sukarelawan kesihatan, 40 pelajar perubatan, 16 pelajar sekolah menengah serta 21 sukarelawan umum terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Menurutnya, penglibatan golongan muda dalam program berkenaan turut membantu memupuk nilai empati serta kesedaran terhadap komuniti OKU, selaras dengan usaha membentuk masyarakat inklusif di Sarawak.

“Melalui pendedahan ini, kita mahu generasi muda memahami keperluan individu berkeperluan khas dan seterusnya membina masyarakat yang lebih prihatin serta inklusif,” katanya.

Beliau menambah, pelaksanaan HAP juga selari dengan agenda pembangunan Sarawak 2030 yang menekankan kesejahteraan sosial dan keterangkuman selain kemajuan ekonomi.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Peranan media bantu tingkat kesedaran Olimpik Khas
Next: Sultan Selangor perkenan temasya Sukma 2026 diteruskan secara berhemat – KBS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.