Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Kanak-Kanak Sibu perkasa inisiatif inklusif, buka peluang kepada semua
  • Tengah
  • WILAYAH

Majlis Kanak-Kanak Sibu perkasa inisiatif inklusif, buka peluang kepada semua

Utusan Sarawak 7 hours ago
 UNTUK KENANGAN…. Kiing (duduk, dua kiri) merakam kenangan bersama para peserta program.

SIBU: Majlis Kanak-Kanak Sibu komited bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi mempergiat usaha meningkatkan kesedaran, keterangkuman serta peluang sama rata, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan belia.

Pengerusi Pasukan Petugas Majlis Kanak-Kanak Sibu, Kaunselor Kiing Teck Ho berkata, usaha itu bukan sekadar untuk menimba ilmu, tetapi juga mendorong tindakan ke arah perubahan.

“Kita bersama-sama boleh membina komuniti di mana setiap individu dihargai, dihormati dan diberi peluang untuk berjaya,” katanya ketika merasmikan program ‘Inclusive in Employment’ sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia di Pusat Agape Sibu, hari ini.

Menurutnya, program tersebut mencerminkan komitmen bersama dalam membina masyarakat yang menghargai kepelbagaian, menerima perbezaan serta memastikan tiada sesiapa yang tercicir.

“Individu dalam spektrum autisme mempunyai kekuatan, bakat dan perspektif unik. Namun, masih ramai berdepan cabaran dari segi akses kepada peluang, khususnya dalam pendidikan dan pekerjaan.

“Sehubungan itu, inisiatif seperti program hari ini amat penting kerana bukan sahaja meningkatkan kesedaran, malah membuka mata terhadap potensi besar yang dimiliki setiap individu,” katanya.

Kiing turut memuji usaha organisasi serta inisiatif seperti MCC Cafe yang memperlihatkan pelaksanaan pekerjaan inklusif secara berkesan.

“Ini membuktikan bahawa dengan sokongan, latihan dan peluang yang sesuai, individu berkeperluan khas mampu berkembang serta menyumbang secara bermakna kepada masyarakat,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa permohonan bagi penggal 2026–2027 Majlis Kanak-Kanak Sibu kini dibuka.

“Kami sedang merekrut pelajar berumur antara 11 hingga 15 tahun, termasuk daripada latar belakang pendidikan UEC, pelajar berkeperluan khas serta komuniti kurang berkemampuan.

“Kami menggalakkan semua yang layak untuk memohon dan menjadi sebahagian daripada platform ini. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun ini,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Autisme Sibu, David Ngu.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kaul Seraheng Kakan pacu Mukah sebagai destinasi pelancongan budaya
Next: Belia Sarawak bijak tentukan hala tuju kepimpinan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.