Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tengah
  • Kaul Seraheng Kakan pacu Mukah sebagai destinasi pelancongan budaya
  • Tengah

Kaul Seraheng Kakan pacu Mukah sebagai destinasi pelancongan budaya

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIMBALAN Menteri Kesihatan, Hanifah Hajar Taib hadir di Kaul Seraheng Kakan. Foto UKAS.

MUKAH: Upacara tradisi Kaul Seraheng Kakan bukan sahaja mengekalkan warisan masyarakat Melanau, malah dilihat berpotensi besar sebagai tarikan pelancongan budaya yang mampu mengangkat nama Mukah ke peringkat lebih tinggi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Hanifah Hajar Taib berkata, keunikan upacara tersebut yang sarat dengan nilai tradisi dan simbolik menjadikannya aset penting dalam memperkenalkan identiti Sarawak kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Menurut beliau, Kaul Seraheng Kakan turut memainkan peranan sebagai platform penyatuan masyarakat berbilang kaum dan agama yang bersama-sama menjayakan sambutan dalam suasana harmoni.

“Upacara ini bukan sekadar adat resam, tetapi juga mencerminkan keharmonian masyarakat serta kekayaan budaya yang kita miliki,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.

TIMBALAN Menteri Kesihatan, Hanifah Hajar Taib menghadiri upacara tradisi Kaul Seraheng Kakan. Foto UKAS.

Upacara warisan turun-temurun itu melambangkan permohonan keselamatan, kesejahteraan dan rezeki melalui simbolik pemberian ‘seraheng’ kepada Ipok.

Acara dimulakan dengan perarakan perahu berhias yang membawa seraheng dari jeti ke tapak utama Kaul dengan penyertaan aktif masyarakat pelbagai kaum, sebelum diserahkan kepada Bapa Kaul untuk melaksanakan ritual tradisional sebagai kemuncak upacara.

Beliau menambah, keunikan Kaul Seraheng Kakan perlu terus dipelihara dan dipromosikan secara meluas agar ia kekal relevan serta menjadi produk pelancongan budaya utama negeri ini.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Kaul Seraheng Kakan rancakkan pelancongan budaya Mukah
Next: Majlis Kanak-Kanak Sibu perkasa inisiatif inklusif, buka peluang kepada semua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.