Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit diunjur kekal sekitar RM3.94 hingga RM3.96 berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit diunjur kekal sekitar RM3.94 hingga RM3.96 berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 12 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka didagangkan pada jajaran sempit minggu depan, berlegar antara RM3.94 hingga RM3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memandangkan pelabur menunggu data ekonomi selanjutnya dari negara itu, menurut ahli ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan minggu depan terarah kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS yang akan diadakan pada 28 dan 29 April.

Beliau berkata kebanyakan pakar ekonomi menjangkakan Kadar Dana Persekutuan (FFR) kekal pada 3.75 peratus.

Walaupun keputusan sedemikian telah diambil kira oleh pasaran, namun penilaian terkini itu akan menjadi panduan bagi hala tuju FFR pada masa akan datang, katanya kepada Bernama.

“Ini bermakna data seperti Indeks Keyakinan Pengguna oleh Conference Board, indeks pembuatan ISM bagi sektor pembuatan, serta inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi akan diberi perhatian kerana beberapa data ini akan dikeluarkan minggu hadapan.

“Oleh itu, dolar AS-ringgit dijangka kekal dalam kecenderungan julat kecil kerana peserta pasaran akan terus berhati-hati minggu depan,” katanya.

Ringgit turun berbanding dolar AS kepada 3.9630/9670 pada Jumaat daripada 3.9505/9545 ketika akhir dagangan minggu lepas.

Mata wang tempatan juga kukuh berbanding beberapa mata wang utama minggu ini.

Unit domestik meningkat berbanding pound British kepada 5.3429/3483 daripada 5.3454/3508, dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.6312/6358 daripada 4.6588/6635.

Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.4808/4834 daripada 2.4838/4865.

Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1009/1043 daripada 3.1053/1086, dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.2183/2363 daripada 12.3084/3274.

Mata wang tempatan meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.52/6.53 daripada 6.58/6.59 sebelumnya, namun turun berbanding rupiah Indonesia kepada 230.0/230.3 daripada 229.8/230.1.- Bernama

Continue Reading

Previous: Program Biodiesel Negara sedang diperluaskan kepada B20 secara berperingkat – KPK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.