Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Data dagangan Malaysia kukuh, ringgit meningkat berbanding mata wang utama
  • BISNES

Data dagangan Malaysia kukuh, ringgit meningkat berbanding mata wang utama

Utusan Sarawak 12 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mencatat pengukuhan berbanding mata wang utama dunia, termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran memanfaatkan kelebihan data perdagangan Malaysia yang positif pada Mac.

Pada 8.00 pagi, ringgit naik ke paras 3.9620/9680 berbanding dolar AS daripada 3.9630/9670 pada akhir urus niaga semalam.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 20 April lepas memaklumkan jumlah dagangan Malaysia pada Mac 2026 berkembang sebanyak 9.3 peratus tahun ke tahun kepada RM273.0 bilion berbanding RM249.8 bilion bagi tempoh sama tahun lepas, didorong pertumbuhan eksport dan import yang lebih kukuh,

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ekonomi Malaysia setakat ini telah memaparkan daya tahan dengan anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 mencatat pertumbuhan melebihi lima peratus.

Di samping itu, statistik perdagangan antarabangsa terkini pula menunjukkan peningkatan eksport nominal sebanyak 12.7 peratus pada suku pertama 2026 berbanding pertumbuhan 11.0 peratus pada suku sebelumnya.

“Sehubungan itu, ekonomi Malaysia berada dalam kedudukan kukuh untuk menghadapi cabaran semasa akibat kejutan harga minyak berikutan perang di Iran,” katanya kepada Bernama.

Pada masa sama, Mohd Afzanizam berkata aliran dana asing dalam pasaran modal juga menggalakkan dan menunjukkan permintaan ringgit yang lebih baik daripada kalangan pelabur asing.

“Susulan itu, ringgit dijangka kekal disokong walaupun wujud kebimbangan berterusan mengenai perang di Iran,” katanya.

Ringgit juga katanya, terbukti masih dalam kelompok mata wang berprestasi terbaik di Asia setakat tahun ini dan kini di tempat kedua selepas yuan China.

Sewaktu urus niaga dibuka hari ini, ringgit juga mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Ini termasuk naik berbanding pound Britain kepada 5.3348/3429 daripada 5.3504/3558, meningkat berbanding euro kepada 4.6288/6358 daripada 4.6343/6390 serta mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.4800/4839 daripada 2.4809/4836.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN pada sesi awal hari ini. Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1004/1053 daripada 3.1041/1075 semalam, meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.1911/2175 daripada 12.2066/2242, namun tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 229.2/229.6 daripada 229.2/229.5 serta kekal berbanding peso Filipina pada 6.55/6.56 daripada 6.55/6.56 sebelum ini. – Bernama  

Continue Reading

Previous: Lebih 31,000 kes bankrap direkodkan sejak 2021 – Menteri Ekonomi
Next: Saham industri, utiliti pacu Bursa Malaysia dibuka meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.