Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Laluan mencabar halang usaha selamatkan pendaki wanita
  • Selatan
  • WILAYAH

Laluan mencabar halang usaha selamatkan pendaki wanita

Utusan Sarawak 12 hours ago
SERAMAI lima anggota bomba bersama lima ranger dan seorang anggota polis bergerak ke lokasi tersebut, namun berdepan kesukaran akibat halangan laluan. Foto Bomba

SANTUBONG: Usaha menyelamat seorang pendaki wanita warga Australia yang dilaporkan hilang di Gunung Santubong di sini berdepan kesukaran berikutan keadaan laluan yang mencabar.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.20 malam, semalam.

Sejurus itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 22 kilometer dari balai dan tiba pada 9.43 malam.

Maklumat awal daripada pihak Ranger Forest Santubong mendapati mangsa dikhuatiri terjatuh di kawasan F7 ketika dalam perjalanan turun dari puncak gunung berkenaan.

Pada 5.00 petang, pihak ranger berjaya menghubungi mangsa dan menjalankan pencarian di lokasi terakhir mangsa, namun hanya suara mangsa kedengaran tanpa dapat mengenal pasti kedudukan sebenar.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama kemudiannya dijalankan dengan tumpuan di kawasan F7 melibatkan anggota bomba, ranger hutan dan polis.

Sekitar 12.15 tengah malam, pasukan SAR menjalankan pencarian di lokasi terakhir mangsa dihubungi, namun masih gagal menemuinya sebelum operasi dialihkan ke kawasan kebun berhampiran.

Pada 12.48 tengah malam, mangsa berjaya dihubungi semula dan memberikan lokasi terkini yang dipercayai berada di laluan luar trek (off-trail).

Seramai lima anggota bomba bersama lima ranger dan seorang anggota polis bergerak ke lokasi tersebut, namun berdepan kesukaran akibat halangan laluan.

Pada 2.00 pagi, pasukan SAR masih dapat yang memaklumkan berada dalam keadaan selamat, namun mengalami kesukaran untuk keluar dari kawasan berkenaan.

Usaha menuju ke lokasi mangsa bagaimanapun semakin sukar berikutan keadaan gelap serta laluan dipenuhi batu dan pokok besar.

Operasi SAR ditangguhkan pada 3.30 pagi atas faktor keselamatan dan akan disambung semula pada hari berikutnya.

Mangsa dikenali sebagai Belinda Lapier, seorang wanita warga Australia.

Operasi tersebut melibatkan enam anggota bomba dengan bantuan satu jentera FRT dan satu unit EMRS, selain empat anggota polis serta tujuh ranger hutan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita warga Australia hilang ketika mendaki Gunung Santubong
Next: Pra pelancaran program Sarawakku Sayang di Miri bermula hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.