Belukar seluas satu ekar terbakar di Kampung Bakol

Facebook
WhatsApp
PADAM KEBAKARAN… Anggota bomba memadam kebakaran belukar di Kampung Bakol, hari ini. Foto BBP Limbang

LIMBANG: Pasukan bomba bertindak pantas memadam kebakaran belukar seluas satu ekar di Kampung Bakol, Jalan Medamit, hari ini.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan berkata sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian yang jauhnya 30 kilometer dari balai sebaik menerima panggilan kecemasan 3.29 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, berlaku kebakaran belukar bagi membuka kebun oleh tuan tanah.

“Operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula sehingga api padam sepenuhnya. Sumber air diperolehi daripada pili bomba berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

PADAM KEBAKARAN… Anggota bomba memadam kebakaran belukar di Kampung Bakol, hari ini. Foto BBP Limbang

Katanya, setelah api padam sepenuhya pihaknya memeriksa dan memastikan tiada lagi punca-punca api yang boleh menyebabkan nyalaan semula dan merebaknya api.

Operasi ditamatkan pada 4.27 petang.

Oleh Adeng Edrus

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis