
MARUDI: Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 11.48 pagi berhubung penemuan seekor ular daun di berek JKR Marudi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi Lt. (PA) Mirwan Shah Masri memberitahu sebaik menerima panggilan tersebut anggota APM dari Skuad Bravo bergerak ke lokasi pada 11.50 yang jaraknya lebih kurang lima kilometer dari PKOD.
Katanya sebaik sampai ke lokasi anggota APM dengan kekuatan empat orang anggota diketuai L / Kpl (PA) Kamil Tahir berjumpa dengan pengadu, Ernie Adelyana di alamat berkenaan utuk mendapat maklumat sebelum menjalankan operasi.
Setelah mendapatkan maklumat, Skuad Bravo bertindak menjalankan operasi dan berjaya menangkap reptilia tersebut lebih kurang 1.3 meter menggunakan penyepit ular di tingkap dapur kediaman pengadu.
Mirwan bekata Skuad Bravo bergerak pulang setelah selesai menjalankan tugas pada 12.18 tengah hari.
Oleh Jiku Juguong