Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Singapura, Malaysia, Indonesia selaras secara strategik kekalkan Selat Melaka terbuka
  • GLOBAL

Singapura, Malaysia, Indonesia selaras secara strategik kekalkan Selat Melaka terbuka

Utusan Sarawak 22 hours ago
MENTERI Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan. Foto AFP

SINGAPURA: Singapura, Malaysia dan Indonesia mempunyai kepentingan bersama dan sejajar secara strategik dalam memastikan Selat Melaka kekal terbuka di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik global yang sedang berlaku, kata Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.

Beliau menegaskan bahawa sebagai negara pesisir, ketiga-tiga negara berkongsi mekanisme kerjasama, bukan untuk mengutip tol di selat tersebut, tetapi untuk memastikan ia kekal terbuka.

Beliau berkata pendirian tersebut akan dikekalkan.

“Kami tidak mengenakan tol. Kita semua adalah ekonomi yang bergantung kepada perdagangan dan kita semua tahu bahawa adalah menjadi kepentingan kita untuk memastikannya terbuka.

“Perkara penting di sini ialah ketiga-tiga negara mempunyai kepentingan strategik dan sejajar secara strategik dalam memastikannya terbuka. Itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah di banyak tempat lain,” katanya semasa temu bual dalam program Converge Live terbitan CNBC, pada Rabu.

Kenyataan beliau itu dibuat sebagai maklum balas kepada ketidaktentuan yang semakin meningkat memandangkan penutupan Selat Hormuz boleh meningkatkan risiko laluan di titik tumpuan maritim kritikal yang lain.

Menurut Balakrishnan, Singapura sentiasa menekankan dan mengulangi pendiriannya dalam menjunjung prinsip Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) dalam memantau Selat Melaka.

“Berkenaan dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, kami telah memberitahu kedua-duanya bahawa kami beroperasi berdasarkan UNCLOS.

“Hak laluan transit dijamin untuk semua orang. Kami tidak akan menyertai sebarang cubaan untuk menutup, menyekat, atau mengenakan tol di kawasan kejiranan kami,” tambahnya.

Sementara itu, apabila ditanya sama ada Singapura akan memilih antara AS dan China, Balakrishnan menyatakan bahawa pendirian lama republik itu adalah tidak memihak kepada Timur mahupun Barat.

“Cara kami mengendalikan urusan kami adalah dengan menilai apa yang menjadi kepentingan nasional jangka panjang Singapura.

“Dan jika saya terpaksa berkata tidak kepada Washington atau Beijing atau sesiapa sahaja, kami tidak akan gentar, tetapi mereka juga akan tahu bahawa apabila kami berkata tidak, ia bukan atas arahan pihak lain; kami bertindak demi kepentingan nasional jangka panjang kami sendiri,” kata Balakrishnan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Haba melampau ancam sistem agrimakanan global, laporan PBB
Next: Kes malaria di Afrika Selatan meningkat akibat hujan lebat dan banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.