Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Universiti Islam Madinah buka kemasukan menerusi platform “Study in Saudi Arabia”
  • GLOBAL

Universiti Islam Madinah buka kemasukan menerusi platform “Study in Saudi Arabia”

Utusan Sarawak 14 hours ago
Foto fail BERNAMA

MADINAH: Universiti Islam Madinah mengumumkan pembukaan permohonan untuk program akademiknya menerusi platform “Study in Saudi Arabia”, mengalu-alukan pelajar dari seluruh dunia, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Permohonan tersedia untuk kedua-dua biasiswa dalaman dan luaran pada peringkat sarjana muda dan pascasiswazah.

Universiti berkenaan memaklumkan permohonan akan diterima dari 19 April hingga 21 Mei melalui platform dalam talian itu, yang menyediakan maklumat terperinci mengenai syarat kemasukan, program yang ada dan prosedur permohonan.

Inisiatif ini mencerminkan usaha universiti dalam menarik pelajar antarabangsa dan meningkatkan pertukaran akademik, menyokong misi pendidikannya dan sejajar dengan objektif Wawasan Saudi 2030 untuk membangunkan pendidikan. – Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: 14 maut dalam letupan di kemudahan simpanan bunga api di Kerala, India
Next: Pihak berkuasa Mexico dakwa penembak pelancong asing tiru insiden Columbine

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.