
HYDERABAD: Seramai 14 terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kemudahan simpanan bunga api di negeri Kerala, selatan India pada Selasa.
Mercun terbabit untuk kegunaan sempena festival keagamaan tahunan Thrissur Pooram pada 24 April.
Menurut media tempatan, premis itu menghasilkan mercun untuk Kuil Thiruvambadi Krishna, iaitu antara penganjur festival Pooram.
Angka korban yang dilaporkan ialah 14 orang.
Sepuluh daripada mangsa yang cedera ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Kolej Perubatan Thrissur, kata Menteri Kesihatan Kerala Veena George kepada media.
Ini merupakan letupan besar kedua di kemudahan pembuatan mercun di selatan India dalam tempoh beberapa hari.
Pada Ahad, 25 pekerja terbunuh dalam satu letupan di Virudhunagar, negeri Tamil Nadu.- Bernama