Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wilfred Yap tolak dakwaan Chong mengenai proses pilihan raya, seru perpaduan hak Sarawak
  • TEMPATAN

Wilfred Yap tolak dakwaan Chong mengenai proses pilihan raya, seru perpaduan hak Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, menolak dakwaan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen yang disifatkannya sebagai mengelirukan dan berdasarkan tafsiran terpilih terhadap isu perlembagaan dan pilihan raya.

Menurut Yap, cubaan mengaitkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak selaras dengan kerangka perlembagaan sebenar.

“Di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja,” katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri ketika ini, Anwar Ibrahim, mengetuai gabungan Pakatan Harapan yang turut dianggotai DAP.

“Berdasarkan susunan ini, adalah tidak tepat dan mengelirukan untuk mengatakan SUPP atau GPS mempunyai kawalan terhadap proses persempadanan semula atau pelantikan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya. Sebarang dakwaan bahawa GPS atau SUPP mengurus atau memanipulasi SPR adalah tidak berasas,” katanya.

Mengulas dakwaan gerrymandering, Yap berkata perbezaan jumlah pengundi antara kawasan bandar dan luar bandar tidak boleh disederhanakan kepada satu naratif semata-mata.

“Persempadanan pilihan raya di Sarawak ditentukan berdasarkan faktor geografi, kebolehcapaian dan keperluan memastikan perwakilan berkesan bagi kawasan bandar dan luar bandar yang luas. Perbandingan angka semata-mata tidak mencerminkan realiti ini,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa perubahan agihan kerusi membuktikan manipulasi, sebaliknya menegaskan ia dipengaruhi perubahan demografi, pertimbangan pentadbiran dan daya saing pilihan raya.

“Isu utama adalah perwakilan yang seimbang dan adil dengan mengambil kira geografi unik Sarawak serta taburan penduduknya. Perbincangan serius mengenai reformasi pilihan raya perlu mengiktiraf realiti ini,” katanya.

Yap turut menggesa Chong dan DAP Sarawak supaya menghentikan serangan peribadi dan memberi tumpuan kepada perbincangan konstruktif dalam kerangka perlembagaan.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Michael Kong gesa SUPP fokus penyelesaian isu tambang penerbangan
Next: Sarawak tuan rumah APRC 2028, perkukuh peranan tangani tuberkulosis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.