Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Isu status Bumiputera perlu ditangani secara berfakta, bukan polemik politik
  • SEMASA

Isu status Bumiputera perlu ditangani secara berfakta, bukan polemik politik

Utusan Sarawak 15 hours ago
SENATOR Dewan Negara, Ahmad Ibrahim menyatakan bahawa isu cadangan untuk memperluaskan status Bumiputera kepada generasi ketiga bukan peribumi atau mana-mana kaum lain bukanlah perkara kecil kerana ia melibatkan dasar nasional.

KUCHING: Kenyataan terbaharu Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien berhubung isu status Bumiputera, yang turut melibatkan bukan sahaja Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) malah kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS), memerlukan penjelasan yang seimbang serta berasaskan fakta.

Menurut Ahmad Ibrahim, yang juga Senator Dewan Negara, isu cadangan untuk memperluaskan status Bumiputera kepada generasi ketiga bukan peribumi atau mana-mana kaum lain bukanlah perkara kecil kerana ia melibatkan dasar nasional, kerangka perundangan serta keseimbangan sosial yang telah lama dipelihara dengan teliti.

Beliau berkata, secara sejarahnya Sarawak sentiasa mengamalkan pendekatan pentadbiran yang pragmatik dan inklusif, termasuk sejak era pentadbiran terdahulu yang mengurus kepelbagaian secara fleksibel, sekali gus membuktikan bahawa keterangkuman telah lama menjadi asas pentadbiran negeri itu.

“Perkara ini tidak seharusnya dijadikan polemik politik atau disalurkan dalam bentuk kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham terhadap pendirian Sarawak atau kepimpinan GPS.

Sebarang perubahan kepada dasar Bumiputera perlu diteliti dan diputuskan di peringkat Kerajaan Persekutuan,” katanya.

SEBARANG perubahan kepada dasar Bumiputera perlu diteliti dan diputuskan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Dalam masa sama, beliau menegaskan Sarawak telah membuktikan pendekatan inklusif melalui pelaksanaan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sejak era Allahyarham Tun Pehin Sri Adenan Satem, sekali gus menunjukkan negeri itu tidak pernah menolak  keterangkuman.

Bagaimanapun, katanya, pengiktirafan UEC di peringkat nasional masih belum dimuktamadkan dan usaha ke arah itu wajar digerakkan di peringkat Persekutuan.

Beliau turut berpandangan bahawa sebagai Ahli Parlimen, Larry Sng mempunyai saluran yang sesuai untuk membawa isu berkenaan ke peringkat nasional, apatah lagi dengan hubungan kerjanya bersama Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Adalah lebih wajar untuk tumpuan diberikan kepada usaha mendapatkan penyelesaian dasar di peringkat Persekutuan, bukan menjadikan Sarawak sebagai medan untuk menguji cadangan yang belum dimuktamadkan,” katanya.

Menurut beliau, Sarawak telah sekian lama berjaya mengurus kepelbagaian masyarakat secara stabil, seimbang dan bertanggungjawab, justeru pendekatan politik yang matang perlu menekankan tanggungjawab serta hasil, bukan sekadar cadangan.

Tambahnya, sekiranya usaha membawa pengiktirafan UEC dan cadangan berkaitan status Bumiputera ke peringkat dasar nasional berjaya direalisasikan, ia wajar diberi penghargaan, namun keutamaan tetap perlu diberikan kepada pencapaian nyata dalam memenuhi keperluan rakyat.

Beliau yakin kepimpinan kerajaan Sarawak akan terus berpegang kepada prinsip perpaduan, kestabilan dan saling menghormati dalam mengurus kepelbagaian masyarakat.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Anak syarikat LCDA raih pengiktirafan di Jakarta
Next: Anak hilang kaki ketika cari rezeki, ibu rayu pelaku langgar lari bertanggungjawab

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.