Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perkukuh jenama global, tarik minat pasaran antarabangsa di FHA 2026
  • SEMASA

Sarawak perkukuh jenama global, tarik minat pasaran antarabangsa di FHA 2026

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan bercakap ketika ditemui pemberita pada FHA 2026 di Singapura. Foto: UKAS

SINGAPURA: Penyertaan Sarawak dalam Pameran Makanan dan Hospitaliti Asia (FHA) 2026 terus memperkukuh kedudukan negeri itu sebagai pemain berpotensi dalam pasaran makanan global menerusi penonjolan produk tempatan yang unik dan berinovasi.

Menurut Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, platform antarabangsa seperti FHA membuka ruang luas kepada pengusaha tempatan untuk mengembangkan pasaran serta memperkukuh jenama di peringkat global.

“Penyertaan ini bukan sekadar pameran, tetapi peluang strategik untuk mempromosikan produk Sarawak ke pasaran antarabangsa. Kita melihat minat yang tinggi terhadap produk tempatan seperti lada Sarawak, sarang burung, ikan empurau dan nanas Sarawak Gold 1 (SG1).

“Malah, inovasi seperti teh berasaskan sayur midin turut mendapat perhatian, sekali gus membuktikan keupayaan pengusaha kita menambah nilai kepada sumber sedia ada.

“Ini menunjukkan produk Sarawak mempunyai keunikan tersendiri dan mampu bersaing di peringkat global,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sarawak Pavilion, hari ini.

PRODUK tempatan di Sarawak Pavilion sempena FHA 2026, Singapura. Foto: UKAS

Tambah beliau, kelebihan Sarawak dalam sektor pertanian dan perikanan menjadi asas kukuh kepada pengusaha tempatan untuk memenuhi permintaan pasaran luar.

“Pengguna kini lebih mementingkan kualiti dan keselamatan produk, justeru pengusaha perlu memastikan proses dan standard pengeluaran sentiasa memenuhi kehendak pasaran antarabangsa,” tegasnya.

Sarawak Pavilion yang dikendalikan oleh Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS) menghimpunkan 19 pempamer dalam ruang seluas 126 meter persegi, termasuk penyertaan baharu daripada sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang mencerminkan perkembangan positif industri tempatan.

FHA 2026 yang berlangsung dari 21 hingga 24 April di Singapore Expo dijangka menarik lebih 80,000 pengunjung antarabangsa, sekali gus membuka peluang jaringan perniagaan dan pelaburan kepada pengusaha Sarawak.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: KPDN Sarawak gagalkan cubaan seleweng 650 liter diesel
Next: Anak syarikat LCDA raih pengiktirafan di Jakarta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.