Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • KPT perkukuh penyelarasan dasar pendidikan tinggi dengan kerajaan negeri
  • PENDIDIKAN

KPT perkukuh penyelarasan dasar pendidikan tinggi dengan kerajaan negeri

Utusan Sarawak 9 hours ago
Foto facebook Kementerian Pendidikan Tinggi

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengadakan mesyuarat bersama-sama ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri pendidikan dan pendidikan tinggi sebagai platform strategik memperkukuh penyelarasan dasar antara Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri dalam sektor pendidikan tinggi.

Dalam kenyataan hari ini, KPT memaklumkan mesyuarat semalam dipengerusikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga bertujuan menghebahkan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026 hingga 2035.

“Ini sekali gus memastikan kerajaan negeri memperoleh pemahaman jelas dan terkini berhubung dasar, strategi serta keutamaan pembangunan pendidikan tinggi negara.

“Selain itu, mesyuarat turut memberi fokus kepada hala tuju pendidikan tinggi negara termasuk perkembangan dan isu semasa pada peringkat nasional serta antarabangsa.

“Pendekatan ini penting dalam memastikan penyelarasan dasar dan pelaksanaan yang lebih berkesan pada peringkat negeri,” menurut kenyataan itu.

KPT memaklumkan mesyuarat dimanfaatkan untuk mendapatkan maklum balas, pandangan dan cadangan konstruktif, khususnya berkaitan cabaran pelaksanaan serta potensi kerjasama strategik antara kementerian itu dan kerajaan negeri.

Foto facebook Kementerian Pendidikan Tinggi

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KPT dalam memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi yang responsif, berdaya saing dan mampan. 

“Di samping itu, ia juga memperluas jaringan kolaborasi strategik pembangunan bakat, penyelidikan, inovasi dan peningkatan kebolehpasaran graduan selaras dengan aspirasi pembangunan negara,” menurut kenyataan itu.

KPT memaklumkan mesyuarat dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim, Ketua Setiausaha KPT Datuk Dr Anesee Ibrahim dan barisan pengurusan tertinggi KPT. 

Pengerusi jawatankuasa negeri pula ialah Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Pahang Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak. 

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin serta Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka Datuk Rahmad Mariman.- Bernama

Continue Reading

Previous: Warden sepenuh masa ditempatkan di 58 MRSM mulai tahun depan
Next: UPMS lancar program Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui, sokong agenda Tenaga Hijau Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.