Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kekuatan institusi kewangan jadi asas sistem ekonomi negara dalam hadapi krisis Asia Barat – PM Anwar
  • NASIONAL

Kekuatan institusi kewangan jadi asas sistem ekonomi negara dalam hadapi krisis Asia Barat – PM Anwar

Utusan Sarawak 10 hours ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media sesi meja bulat bersama institusi kewangan di Sasana Kijang hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kekuatan institusi kewangan negara yang mendukung aspirasi nasional menjadi asas kepada sistem ekonomi Malaysia terutamanya dalam menghadapi ketidaktentuan berikutan krisis Asia Barat.

Sambil menyatakan penghargaan, Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan dalam negara telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan langkah-langkah yang wajar sekali gus meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

“Saya mulakan dengan menyatakan penghargaan kerana bank telah memberikan kerjasama yang baik. Kita tahu isu yang dibangkitkan oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tentang keupayaan untuk mendapatkan pinjaman.

“Sepertimana kita tahu, rekod itu membanggakan. Sebahagian besar, kira-kira 80 peratus (PMKS) telah dikenal pasti telah dibantu,” kata beliau selepas mempengerusikan sesi meja bulat bersama 20 wakil institusi kewangan dalam negara di sini hari ini.

Turut hadir Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa bersiap siaga dan bersedia mengambil langkah baharu bagi mempertahankan kedudukan dan pertumbuhan ekonomi susulan impak daripada krisis Asia Barat.

“Saya belajar daripada pengalaman krisis 90-an (dan) COVID-19 bahawa bantuan itu harus lebih teliti, menjurus dan tidak menyeluruh kerana hanya membantu kelompok yang terkesan daripada krisis ini dan tidak berbelanja luar daripada keupayaan kita.

“Oleh itu, mesti menyasarkan bantuan atau subsidi kepada kelompok yang hanya memerlukan.

Cabaran utama kita (kerajaan) ialah menjamin keperluan termasuk minyak, gas dan baja itu mencukupi agar pertumbuhan tidak terbabas,” kata Anwar.

Perdana Menteri berkata petunjuk makroekonomi negara juga baik pada suku pertama tahun ini, dengan unjuran BNM, iaitu pertumbuhan ekonomi antara empat dan lima peratus meskipun terkena tempias daripada krisis Asia Barat.

“Ini (pencapaian) membanggakan jika dibandingkan dengan negara lain,” kata beliau.

Anwar turut mengulangi pencapaian ringgit yang kukuh berbanding mata wang Asia lain. 

Mata wang tempatan mencatatkan prestasi cemerlang dan terbaik di Asia selama dua tahun berturut-turut.

Perdana Menteri berkata kesemua pencapaian itu juga hasil daripada pengurusan kewangan negara dan bank sekali gus menambah keyakinan pelabur terhadap sistem kewangan negara.- Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia sasar capai kapasiti 32 peratus TBB terpasang tahun ini – TPM Fadillah 
Next: Kerajaan bakal umum langkah tambahan bantu golongan tersisih peluang pekerjaan – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.